Tuesday 26 February 2013

بسم الله الرحمن الرحيم

Tuduhan melulu Al-Fadhil Ustaz Helmi Assyafie HafizohuLLOH terhadap sy dengan komennya sebegini:

"(Helmi Assyafie) Jika ust nak bjuang ahli sunnah baik jgn terlibat dri dgn umno jdi org tengah hentam umno dan pas tu ana stuju , skrang nampak ust bnyak memihak kpd umno bagaimana nak satukan pas umno jika ust bsikap macam ni ?
3 jam yang lalu melalui · Suka · 3 "

Benarkah sy tidak pernah membaham dan menasihati PM Dato' Najib Razak ??? Jika anda mengenali sy di alam nyata nescaya anda tidak menyatakan sy ini UMNO , puas membaham doh (dalam video ni sy baham pulok)

Bahkn AlhamduliLLAH , pernah 1 kali sy bagi kuliah di 1 tempat (Area Selangor) , Ada seorang YB PAS dari Kelantan (Beliau sangat mengenali Al-Marhum Datuk sy wakil rakyat PAS semerak pasir putih dulu) singgah di Masjid tempat sy mengajar , Mungkin YB PAS itu dengar apa yg sy kuliahkan sehingga bila selesai kuliah YB PAS tu kata mcm ni " Bagus ustaz, ustaz xsoh main parti lah, Baham dan nasihat belako hok mano saloh , Sy suka org nasihat belako tidak berat sebeloh, lagi pun Ustaz masih belajar kan??"

Begitu juga seorang YB UMNO kelantan , siap pesan " Ustaz x soh masuk UMNO supo Tok Guru hj LOH geting lah, Molek doh Ustaz Baham dua dua sekali,Sy suka cara ustaz baham dua-dua yg mana salah kalu Ustaz masuk UMNO , Buruk nama Ustaz "

Siapakah kedua-dua YB PAS & UMNO itu?? Biarlah rahsia .. hihihi :P

Ini Video yg sekurangnya akan memanaskan Hati org PR & BN kalau org itu tidak faham pendirian sy, atau ianya juga akan membuatkan seorng yg ber'Aqal walaupun dia berparti akan faham sedikit sekurang-kurangnya apa pendirian sy, Sy tidak terikat dgn mana-mana parti dan Sy ada ada HAQ untuk menegur kesalaham mana -mana parti yg jelas salah.Dan sy akan menganggap mereka yg di pilih serta menang itulah Ulil Amri sy contohnya : Ulil Amri di Kelantan Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat dan peringkat Negara sekarang ini Dato' Najib Tun Abdul Razak . Maka sy akan ta'at pada yg baik dan akan nasihat pada yg tidak baik , itu sahaja . Mudah contoh nya : Isu Wahabi ALLOH sila lendik, Muhammad KG , sy tegur dan sy nasihat . Isu K-pop, Arak sewenang2 nya di jual utk org ISLAM , Judi berlesen dan Gnym Style , sy tegur dan sy nasihat .

Qiaslah apa sahaja pun... AlhamduliLLAH, Bagi yg kenal sy di alam nyata tentu tidak akan menuduh sy berat sebelah PAS ke UMNO, Sbb sy suka membaham dua2, xcaye ???? tengok lah video tuu... hihihiii




Firman ALLOH ta'ala :

ولا تخاطبنى فى الذين ظلموا إنهم مغرقون

“Dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang zalim itu, sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan

Sayyiduna Nabi s.a.w bersabda:

((مَنْ رَأَي مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْ بِيَدِهِ ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيْمَانِ)) رواه مسلم
"Sesiapa yang melihat di antara kalian satu kemungkaran maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, jika tidak mampu maka dengan hatinya, dan hal itu adalah selemah-lemah iman." HR. Muslim.

Sabda Sayyiduna Nabi s.a.w:

(( مَثَلُ الْقَائِمِ عَلى حُدُودِ اللهِ وَالْوَاقِعِ فيهَا ، كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا عَلىَ السَّفِيْنَةِ ، فَأَصَابَ بَعْضُهُم أَعْلاَهَا ، وَبَعْضُهُم أَسْفَلَهَا ، فَكَانَ الَّذِيْنَ في أَسْفَلِهَا، إذَا اسْتَقُوْا مِنَ الْمَاءِ مَرُّوا عَلى مَنَ فَوْقِهِمْ ، فَقَالوا : لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا في نَصِيْبِنَا خَرْقًا وَلَمْ نُؤْذِى مَنْ فَوْقَنَا ، فَإِنْ يَتْرُكُوهُم وَمَا أَرَادُوا هَلَكُوا جَميعًا ، وَإنْ يَأْخُذُوا عَلى أَيْدِيهِم ، نَجَوْا وَنَجَوْا جَميعًا)) رواه البخاري .

"Perumpamaan orang yang mendirikan hukum (hudud) ALLOH serta orang yang melanggarnya seperti sekelompok orang yang telah mengundi (tempat tinggal) di dalam kapal, sebahagian mereka mendapat tempat di atas dan sebahagian lain di bawahnya, kemudian yang tinggal di bawah jika ingin mengambil air mereka melalui orang yang tinggal di atas, maka mereka berkata: "Jikalau kita lubangi tempat kita tentu tidak akan mengganggu mereka yang tinggal di atas." Andaikan keinginan mereka dibiarkan nescaya akan celaka semuanya, namun jika dicegah kehendaknya nescaya mereka selamat serta selamat pula semuanya." HR.Bukhori


HARAM MENTA'ATI PEMIMPIN PADA PERINTAH MAKSIAT

Demikian juga telah ijmak ulama haram terhadap muslim mengikut perintah pemimpin yang membawa kepada maksiat. Ini berdasarkan ayat di atas (surah al-Nisaa: 59) yang mengqaidkan (mengikat) ketaatan kepada pemimpin itu dengan ketaatan kepada ALLOH s.w.t. Demikian juga sabda RasuluLLOH s.a.w:

إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ

Maksudnya: “Ketaatan itu sesungguhnya hanya dalam perkara makruf” [Muttafaq 'Alaih].

Dan sabda Sayyiduna Nabi s.a.w:

السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ

Maksudnya: “Dengar dan Taat itu wajib atas setiap muslim dalam perkara yang dia suka dan benci selama tidak disuruh melakukan maksiat maka apabila dia (pemimpin) menyuruh melakukan maksiat maka tidak boleh dia dengar dan tidak boleh dia taat” [Muttafaq 'alaih].

Antara contoh dalam tidak mentaati perkara maksiat adalah sebagaimana hadis dalam sahih al-Bukhari dan Muslim bahawa seorang panglima perang yang dilantik RasuluLLOH s.a.w dalam satu sariah memerintahkan para prajuritnya untuk masuk dalam api lalu mereka semua enggan. Sehingga akhirnya kemarahan panglima mereka reda dan api pun padam, mereka pulang ke Madinah dan mengadukan hal itu kepada RasuluLLOH s.a.w lalu baginda berkata:

“Jika kamu masuk ke dalamnya tentulah kamu tidak akan keluar lagi, sesungguhnya taat itu hanya dalam perkara makruf”.

WAJIB NASIHATI PEMIMPIN YANG ZALIM DAN HIDAYAH MILIK ALLOH.





Ini berdasarkan sebuah hadis yang sahih lagi masyhur:

الدين النصيحة قلنا لمن ؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم

: “Agama itu adalah Nasihat”. Kami (Sahabt) bertanya: ‘Untuk siapa?’ Jawab baginda: “Untuk ALLOH, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan awam mereka”. [Muslim].

الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

“Agama adalah nasihat.” Mereka bertanya, “Untuk siapa Ya RosuluLLOH?”

Beliau menjawab, “Untuk ALLOH, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan umat Islam secara umumnya.” (Hadis Riwayat Muslim,

Al-Khaththabi (Wafat: 388H) berkata:

النصيحة كلمة يعبر بها عن جملة هي إرادة الخير للمنصوح له

“Nasihat adalah perkataan yang menjelaskan sebahagian besar perkara yang merujuk kepada menghendaki kebaikan kepada yang diberi nasihat.”


أفضل الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائر

Maksudnya: “Jihad yang Afdal adalah perkataan yang benar di sisi pemimpin yang zalim” [Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasai, Ibn Majah, dan Ahmad dan hadisnya sahih]. Nasihat kepada pemimpin itu hendaklah dilakukan dengan bahasa yang paling baik dan paling lunak serta dalam keadaan yang terhormat serta haram mencela dan mengaibkan pemimpin depan khalayak ramai berdasarkan firman ALLOH s.w.t:

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (43) فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى (
44)
Maksudnya: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”. [Taha: 43&44].

Istidlalnya adalah jika kepada Firaun yang kafir pun ALLOH s.w.t memerintahkan Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s bercakap secara lemah lembut maka lebih utama lagi dilakukan kepada pemimpin Islam. Sabda Sayyiduna Nabi s.a.w:

من أراد أن ينصح لذى سلطان بأمر فلا يبدله علانية ولكن ليأخذ بيده فيخلو به فان قبل منه فذاك وإلا كان قد أدى الذى عليه

Maksudnya: “sesiapa yang hendak menasihati pemimpin akan sesuatu urusan maka janganlah dia melakukannya terang-terangan tetapi peganglah tangannya dan bersendirianlah dengannya (lalu nasihatlah), jika dia (pemimpin) menerimanya maka demikianlah yang dikehendaki, jika tidak maka dia telah melaksanakan tanggungjawabnya”. [Ahmad, sahih].

Dalam hadis ini menjelaskan wajibnya menasihati pemimpin dan afdhol pula melakukannya dengan cara yang baik. Dalam sebuah riwayat dinyatakan:

عن زياد بن كسيب العدوي قال كنت مع أبي بكرة تحت منبر ابن عامر وهو يخطب وعليه ثياب رقاق فقال أبو بلال : أنظروا إلى أميرنا يلبس ثياب الفساق فقال أبو بكرة اسكت سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول من أهان سلطان الله في الأرض أهانه الله

Maksudnya: Daripada Ziyad bin Kasib al-Adwi katanya: Aku bersama Abu Bakrah di bawah minbar Ibn Amir ketika dia sedang berkhutbah dengan memakai pakaian yang nipis maka berkata Abu Bilal: ‘Lihat pemimpin kita itu, dia memakai pakaian orang fasiq’. Maka berkata Abu Bakrah r.a: Diamlah, aku mendengar RasuluLLOH s.a.w bersabda: “Sesiapa yang menghina Sultan ALLOH di bumi maka ALLOH akan menghinanya”. [al-Tarmizi, sahih].

Oleh itu, jelas sekali dalam manhaj Syarak yang benar, perbuatan berdemonstrasi dan protes jalanan membantah pemimpin yang zalim adalah maksiat dan perbuatan itu hanyalah menambah dosa atas dosa semata-mata. Abu Ishaq al-Sabi’i r.h, daripada pembesar ulama Tabiin berkata:

ما سب قوم أميرهم، إلا حرموا خيره

Maksudnya: “Tidak ada suatu kaum yang mencerca pemimpin mereka melainkan akan terhalang daripada mendapat kebaikannya”. [al-Tamhid, Ibn Abdil Barr, al-Fitan, Abu Amru al-Dani].

Imam Ibnu al-Jauzi (Wafat: 597H):

الجائز من الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر مع السلاطين التعريف والوعظ، فأما تخشينُ القولِ نحو: يا ظالم، يا من لا يخاف الله، فإن كان ذلك يُحركُ فتنةً يتعدى شرها إلى الغير، لم يجز، وإن لم يخف إلا على نفسه فهو جائز عند جمهور العلماء.

والذي أراه المنع من ذلك، لأن المقصود إزالة المنكر، وحمل السلطان بالانبساط عليه على فعل المنكر أكثر من فعل المنكر الذي قصد إزالته

“Amar ma’ruf dan nahi mungkar kepada pemerintah adalah dengan penjelasan dan peringatan (nasihat yang mendidik). Adapun ucapan yang pedas dan menyakitkan seperti “Wahai orang zalim”, “Wahai orang yang tidak takut kepada ALLOH” apabila ianya dapat menyebabkan timbulnya keburukkan atau menyusahkan orang lain, maka ia tidak dibenarkan. Dan sekiranya tidak dibimbangi melainkan terhadap dirinya sendiri sahaja, maka ia dibolehkan berdasarkan jumhur ulama....

... (beliau menyambung) walau bagaimanapun, aku menganggap ianya sebagai suatu larangan kerana yang dimaksudkan (tujuan sebenar) adalah untuk menghilangkan kemungkaran. Kerana membiarkan pemerintah melakukan kemungkaran itu lebih baik dari membuat kemungkaran lainnya dengan tujuan untuk menghilangkan kemungkaran pemerintah.”


Sabda Sayyiduna Nabi s.a.w:

((يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلِمْ يَدْخُلِ الْإِيْمَانُ قَلْبَهُ ، لاَ تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِيْنَ ، وَلاَ تَتَّبِعُوا عَوْرَاتَهُم ، فَإنَّه مَنِ اتَّبَعَ عَوْرَاتَهُم ، يَتَّبِعُ اللهُ عَورَاتَه ، وَمَنْ يَتَّبِعُ اللهُ عَوْرَاتَه يَفْضِحُهُ فيِ بَيْتِهِ)) (رواه أبو داود)
"Wahai golongan orang-orang yang beriman dengan lidahnya yang hatinya belum dimasuki iman!!!, Janganlah kalian saling mengumpat (ghibah) kepada sesama Muslim, dan janganlah kalian mencari-cari aib mereka, kerana sesungguhnya orang yang mencari-cari aib mereka, maka ALLOH akan mencari-cari aibnya. Sesiapa yang tengah dicari-cari aibnya oleh Allah maka ia akan dipermalukan di dalam rumahnya (keluarganya)." HR. Abu Daud


Sabda Sayyiduna Nabi s.a.w:

لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا إِلَّا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Tidaklah seseorang hamba itu menyembunyikan kesalahan (aib) hamba yang lain melainkan ALLOH akan menyembunyikan kesalahanya (aibnya) pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Birri wash-Shilati wal-Adab, 12/479, no. 4692)

Imam an-Nawawi rahimahullah mengulas berkenaan hadis-hadis dalam bab ini:

وأمَّا السِّترُ المندوب إليه هنا، فالمراد به الستر على ذوي الهيئاتِ ونحوهم، ممَّن ليس معروفاً بالأذى والفسادِ، فأمَّا المعرُوفُ بذلك فيُستحبُّ ألاَّ يُستَرَ عليه؛ تُرفعُ قضيَّتُه إلى وليِّ الأمرِ، إن لم يُخَفْ من ذلك مفسدةً، لأنَّ السِّترَ على هذا يُطْمِعُهُ في الإيذاءِ والفسادِ، وانتهاكِ الحُرُمات، وجَسارةُ غيرِه على مثلِ فِعْلِه

“Adapun menyembunyikan kesalahan yang dituntut (mandub) di sini, maka maksudnya adalah menyembunyikan kesalahan orang-orang yang dikenali (para pemimpin) serta yang seumpama dengannya yang terdiri dari mereka yang tidak dikenali dengan perbuatan zalim dan jahat. Adapun mereka yang dikenali dengan seumpama itu maka dituntut agar tidak disembunyikan perbuatannya dan dilaporkan perbuatannya itu kepada pihak berkuasa. Sekiranya tidak, dibimbangi kemudharatan hasil dari perbuatannya itu kerana menyembunyikan kesalahannya akan menjadikan ia semakin berani untuk melakukan kejahatan dan kerosakkan serta memperkosa segala maruah dan menjadi jambatan kepada orang lain untuk mengikutinya.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 16/135)

Kata Sayyidina Abu Bakar r.a : Bahawa aku mendengar RasuluLLOH s.a.w bersabda:

((إنَّ النَّاسَ إذَا رَأَوْ الظَّالِمَ فَلَمْ يَأْخُذُوا عَلَى يَدَيْه أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللهُ بِعِقَابٍ مِنْ عِنْدِه)) رواه الترمذي وغيره .
"Sesungguhnya manusia jika mengetahui orang zalim kemudian tidak mencegahnya maka nyaris ALLOH akan meratakan suatu siksa dari sisi-Nya kepada mereka."

Syaikh ‘Abdus Salam B. Barjas rahimahullah dalam Mu’ammalatul Hukkam menukilkan perkataan Imam Ibnu an-Nuhas, katanya:

فإن كان السلطان - فليس لأحد منعه بالقهر باليد، ولا أن يشهر عليه سلاحاً، أو يجمع عليه أواناً لأن في ذلك تحريكاً للفتن وتهييجاً للشر، وإذهاباً لهيبة السلطان من قلوب الرعية وربما أدي ذلك إلي تجريهم على الخروج عليه وتخريب البلاد، وغير ذلك مما لا يخفي

Tetapi jika yang melakukan kemungkaran adalah para pemimpin, “maka sesiapa pun tidak boleh mencegahnya dengan cara kekerasan, menghunus pedang (senjata) di hadapannya, atau melakukan tunjuk perasaan (mogok), kerana perkara tersebut akan menimbulkan fitnah, membangkitkan rusuhan, dan menghilangkan kewibawaan pemerintah di mata rakyat. Bahkan, adakalanya perkara tersebut boleh mengakibatkan pemberontakan terhadap kepimpinannya dan merosakkan negara serta beberapa risiko-risiko besar lainnya yang sedia diketahui.” (Tanbihul Ghafilin, m/s. 46)

Imam Al-Bahutiyy telah berkata:

قال جمعٌ مُحَقِّقُون : إلاَّ على مَشْهُورٍ ببدعةٍ، أو فُجُورٍ ونحوِه كَكَذِبٍ، فَيُسنُّ إظهارُ شَرِّه، وسِتْرُ خيرِه ليرتدِعَ نظيرُه

“Segolongan Ulama Muhaqqiqin telah berkata: Melainkan orang yang masyhur melakukan bidaah atau maksiat dengan nyata seumpama dengan seperti penipuan, maka disunatkan menzahirkan kejahatannya dan menyembunyikan kebaikannya supaya tidak dilakukan oleh orang lain” (Kasyful Qinaa’:2/121)


Sabda Sayyiduna Nabi s.a.w: hadis Muslim dan Ahmad berikut:

عن عوف بن مالك عن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال ( خيار أئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم ويصلون عليكم وتصلون عليهم وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم ويلعنونكم ) قيل يا رسول الله أفلا ننابذهم بالسيف ؟ فقال ( لا ما أقاموا فيكم الصلاة وإذا رأيتم من ولا تكم شيئا تكرهونه فاكرهوا عمله ولا تنزعوا يدا من طاعة
)
Maksudnya: Daripada Auf bin Malik daripada RasuluLLOH s.a.w sabda baginda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu suka dan mereka menyukai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci dan mereka benci kepada kamu, kamu melaknapt mereka dan mereka melaknat kamu”. Kata para sahabat: ‘wahai RasuluLLOH, apakah tidak boleh kami memerangi mereka?’ Jawab baginda: “Tidak boleh selagi dia mendirikan solat dalam kalangan kamu dan jika kamu melihat pemimpin kamu melakukan sesuatu yang dia benci maka bencilah amalannya tetapi jangan cabut tangan dari mentaatinya (dalam makruf)”.

Sabda RasuluLLOH s.a.w:

(ستكون أمراء فتعرفون وتنكرون فمن عرف برئ ومن نكر سلم ولكن من رضي وتابع ) قالوا أفلا نقاتلهم ؟ قال ( لا ما صلوا
)
Maksudnya: “Akan ada nanti pemimpin-pemimpin yang kamu suka amalan mereka dan ada yang kamu benci (kerana ianya maksiat), sesiapa yang mengenal pasti maksiat yang dilakukan maka dia terlepas, sesiapa yang ingkar dia selamat, tetapi (yang binasa) adalah yang reda dan mengikut”. Para Sahabat berkata: ‘Apakah tidak boleh kami memerangi mereka?’ Kata baginda: “Tidak boleh selagi mereka bersolat”. [Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, Ahmad].

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a bahawa RasuluLLOH s.a.w bersabda:

( يكون بعدي أئمة لا يهتدون بهداي ولا يستنون بسنتي وسيقوم فيهم رجال قلوبهم قلوب الشياطين في جثمان إنس ) قال قلت كيف أصنع ؟ يا رسول الله إن أدركت ذلك ؟ قال ( تسمع وتطيع للأمير وإن ضرب ظهرك وأخذ مالك فاسمع وأطع
)
Maksudnya: “Akan ada selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak mengikut sunnahku dan akan ada dalam mereka lelaki-lelaki yang berhati syaitan berbadan manusia”. Kata Huzaifah:’Aku bertanya: Maka bagaimana aku harus lakukan wahai RasuluLLOH?’ Jawab baginda: “Kamu dengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah”. [al-Bukhari & Muslim, lafaz bagi Muslim].

BOLEH JUGA DI GULINGKAN JIKA KUFUR YANG NYATA

Berkata al-Qadi ‘Iyadh r.h:

لو طرأ عليه الكفر انعزل

Maksudnya: “Jika dia (pemimpin) menjadi kafir (nauzubillah min zalik) maka dia terlucut jawatan..” [Syarah Sahih Muslim li al-Nawawi, 12/229].

Berkata Imam Abul Hasan al-Asy’ari r.h:

ونرى الدعاء لأئمة المسلمين بالصلاح والإقرار بإمامتهم وتضليل من رأى الخروج عليهم إذا ظهر منهم ترك الاستقامة
وندين بإنكار الخروج بالسيف وترك القتال في الفتنة

Maksudnya: “dan kami berkeyakinan wajibnya mendoakan kebaikan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan kestabilan pemerintahan mereka serta menyesatkan sesiapa sahaja yang berpendapat bolehnya menderhaka kepada pemimpin yang zalim dan kami beriman haramnya memberontak dengan senjata dan kami beriman perlu meninggalkan berperang dalam fitnah”. [al-Ibanah, 1/11].

Jelas daripada kenyataan Imam al-Asy’ari ini, ASWJ bersepakat haramnya memberontak kepada pemerintah selama dia muslim dan beriman walaupun dia melakukan maksiat dan berlaku zalim.
Analoginya mudah, apabila ibu bapa kita melakukan maksiat atau menyuruh kita melakukan maksiat maka kita wajib mengingkari maksiat tersebut tetapi kita tidak boleh memutuskan nasab kita dengan mereka.

Imam Abu Jaafar al-Tahawi r.h menyatakan dalam kitab Aqidah beliau:

-”ولا نرى الخروج على أئمتنا وولاة أمورنا وإن جاروا ولا ندعو عليهم ولا ننزع يدا من طاعتهم ونرى طاعتهم من طاعة الله عز وجل فريضة، ما لم يأمروا بمعصية، وندعو لهم بالصلاح والمعافاة
.”
Maksudnya: “dan kami tidak percaya sama sekali bolehnya keluar menetang pemerintah walaupun mereka berlaku zalim dan kami tidak akan mendoakan keburukan atas mereka dan tidak akan menderhaka pada mereka bahkan kami berpendapat mentaati mereka termasuk taat kepada Allah Azza wa Jall dan ianya fardu (wajib) selama mereka tidak menyuruh melakukan maksiat dan kami mendoakan bagi mereka kebaikan dan kemapunan”. Syarah Tahaiwah


Sabda Sayyiduna Nabi s.a.w:

أن رجلاً سأل النبى ( صلى الله عليه وسلم ) أى الجهاد أفضل ؟ قال : كلمة حق عند سلطان جائر

“Seorang lelaki bertanya kepada nabi s.a.w apakah jihad yang paling afdal? Maka Nabi menjawab: Kalimah yang benar dihadapan pemimpin yang zalim”
Wallahu A’alam

Sebab itu lah sy menegur Dato' Najib yg membawa masuk artis korea buat joget xsampai 10 minit hanya 8 minit di bayar dengan sangat - sangat lumayan , di mana letaknya maruah Ulamak - ulamak yg mengajar di Pondok madrsah supayah anak bangsa celik ugama ?? Harga punggung artis sahaja sudah mengalahkan serban dan kopiah Tok - tok guru pondok dan ustaz -ustaz .. Muhasabah lah wahai Pemimpin Negara, di sa'at rakyat sudah muak dan mahukan perubahan , anda pula mencipta pelbagai sebab musabab yg menjatuhkan maruah diri anda sebagai pemimpin negara sekian dulu dari hamba
 بسم الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

DENGAN NAMA ALLOH YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI

Puji dan syukur Lillahi Akbar

Atas nikmatnya kecil dan besar

Sholawat akmal beserta salam

Di atas Datuk Kami Nabi pelita alam

Dan atas keluarganya Nabi

Fathimah, Hasan, Husein dan Ali

Dan sahabat - sahabat baginda yang adil semua mereka itu...


kali ini ambo nk buat kenyata'an seperti berikut:

TUAN GURU HJ ABDULLOH BIN SA'AMAH AN-NAJMIAH & TUAN GURU DATO NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT


Ambo sayang dan ambo hormat tapi tak sampai ta'asub...insyaALLOH selamat, walau pun antara 2 tokoh ini ada kelemahan dan kesalahan sekali pun, siapa lah kita jika nak di bandingkan dengan jasa2 mereka dlm ugama kita yang tercinta ini....

Tok Guru Hj AbduLLOH An-Najmiah ,ambo sayang dan cinta serta hormati beliau krn beliau Tok Guru yg sangat berani menentang wahabi Tok Guru nik Aziz
,walau di cerca dan di hina beliau tetap teguh berdiri..Moga Akhirat kelaq manusia akan mengetahui haqiqat kebenaran yg tersembunyi itu..

Tok Guru Hj Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan pula,ambo sayang dan cinta serta hormati beliau krn beliau juga tok guru ambo jugok,jadi WOJIB ambo hormat bahkan ilmu beliau dan amal beliau tak mungkin kita dapat tandingi...Lebih2 lagi beliau Ulil Amri Ambo skarang yg memerintah Negeri Cik Siti Wan kembang Kelantan tercinta..maka wojib ambo ta'at kepada perkara-perkara yang ma'aruf jua,tidak dalam bab aqidah....



Kalau orang tanyo ambo:

guano demo sokong ayoh loh saing dgn umno,sedangkan umno terang2 sesat,zolim (kato org tu laa,buke kato ambo)???

Ambo jawab:

itu berdasarkan ijtihad Tok Guru hj Loh ...dan masyaqoh yg di hadapi oleh beliau dalam nok menegakkan ahlus sunnah di kelantan amat sukar bagi beliau jika masih bersama PAS,yg rata2nya org PAS nie jika fahaman Sesorang itu xserupo dgn Tok Guru Nik Aziz maka cepat benar di tuduhnya UMNO la,di pulau lah dan mcm2 lah lg.....dan bagi ambo sendiri ,UMNO nie walau sebusuk2 mano pon mereka tetap ISLAM,haram kita mengkafirkan ahlul qiblat dengan sebab maksiat dan dosa yg di lakukan (KALU YG MENGKAFIRKAN TU MUNGKIN DARI FIRQOH KHOWARIJ BUKAN AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH)..lain lah macam DAP,MIC,MCA..Yg terang2 di dalam kitab syaikh abdul qodir mandili sebut mereka itu harbi tiada jenis langsung nk di katakan zimmi.... (rujuk kitab mutiara yg indah dan kitab kebagusan undang-undang ALLOH daripada undang2 manusia karangan al-marhumsyaikh abdul qodir mandili)... lebih2 lagi beliau ialah seorang ulamak yg bukan calang-calang ulamak ilmunya dapat buka pusat pengajian Pondok..kalau ilmu setaraf kita nie,bukok pondok tnggu bas bulih laah,tu pun kalu ado modal..kalau kita raso ijtihad tok guru hj loh tu saloh yg betulnya ialah PAS,maka banyak2 berdoalah spy di masa hadapan beliau kembali balik ke jema'ah PAS, dan bagi yg merasa kan ijtihad beliau betul maka usahalah bersama2 beliau untuk memartabatkan balik ilmu turath pondok ahlussunnah wal jama'ah kita di dalam UMNO...dan membetulakan kesalahan UMNO di dalam nya...semua amal kita hanya ALLOH yg menilaikan niat ikhlasnya di dalam perjuangan..

Kalau org tanyo ambo :

guano demo hormat nik aziz,sedangkan demo tau dan demo sendiri ngjar menerangkan salah caro nik aziz mentutkan maqsud ISTAWA (TERTINGGI) dgn makna TAROBBOK (BERSELA LENDIK) Dan demo pn tahu nik aziz nie cenderung alah ko kaum muda atau WAHABI (WAHABI SERBA SALOH)... bakpo yg demo hormat jugok???

Ambo jawab:

walaupun lagu tu,kita orang islam di suruh untuk menyantuni,beradab dgn orang alim ulamak (WALAUPUN DIA ULAMAK POLITIK KO ULAMAK KERAJA'AN KO TOK KIRO LAH) dan orang tua, lebih2 lagi Tok Guru Nik Aziz ni pemimpin di negeri kita.....siapa kah kita nk banding kan dengan beliau...ukur dari segi pengajian pon kaloh lamo doh kito...susoh payoh mujahadah beliau org dulu mengaji xakan sama dgn kita mengaji sekarang yg penuh dgn kesenangan dan kemudahan..... jd wojib kito hormati beliau,tp benda2 yg seperti itu wajib jugok kito tegur,krn orang alim itu bukan nabi atau rosul yg maksum dari melakukan kesilapan...kito pn bnyk jgk melakukan kesalahan... teguran xbermakna kita benci,hanya ALLOH jua yg mengatahui hati ini betapa kasih dan sygnya kepada beliau.. tp manusia yg ta'asub secepatnya mencerca dan menuduh yg bukan2... maka hisab ALLOH lah di ats mereka itu....


Kalau ore tanyo lagi:

Demo nie UMNO ko???demo kapir sbb sokong UMNO ,UMNO tolok hudud dan sekular...

Ambo jawab :

Moga ALLOH suap baro api nerako DALAM MULUT DEMO, ambo buke ore umno (DAN XAKAN MASUK PUN UMNO INSYAALLOH) akan tetapi ambo masih anggap ore UMNO saudara seagama yg wojib kita tunaikan segala haq2 kito sbgai saudara seagamo,nasihat menasihati (JANGAN CERCA MENCERCA MANASIHATI MAKSIAT MEREKA ITU SEPERTI BARANG YG AMBO DENGAR SENDIRI CERAMOH TOK GURU NIK AZIZ:BELIAU MENEGAH KITA KATO KO ORE UMNO BASO BENGONG LA,BASO KAPIR LA BOLEH LIHAT DI SINI http://www.youtube.com/watch?v=djTRtHyDtDw),ziaroh menziarohi dan sagala haq2 kita sesama saudara se islam..... mano demo tau ore UMNO tolok hudud?? barang dalam hati ore demo tau ko ???,demo tau dio redho ko xredho dgn hudud??HEBAT SANGAT DEMO TAU SIFAT HATI ORE,WOLI DOH BAKALI KASYAF BELAKO TAU ORE REDHO KO DOK,
kalau demo(ORG UMNO) tu kato dan iKtiqod hukum hudud tu comel dan hukum hudud tu wojib di jalankan tetapi demo tu (ORG UMNO) xsir menjalankan sbb2 tertentu buke sbb ingkar, maka tak jatuh kafir hanya fasiq KALAU TANPA SEBAB..seperti kito misalkan ore islam yg xpernah solat tetapi bilo di tanyo : guano demo xmaye nie?? wojib ko maye nie?? lalu org tu jwb : aku xmaye sbb malas,tp hati iktiqod hukum maye tuu wajib,doso kalu xmaye..... (MAKA DI SISI KITA AHLU SUNNAH WAL JAMA'AH ORANG ITU FASIQ TIDAK JATUH KAFIR BUKAN SEBAGAIMANA IKTIQOD KHOWARIJ YG MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM DGN SBB DOSA BESAR)

melainkan jika sesesorang individu dalam UMNO itu ada yg memperlekeh2 kan hukum hudud ALLOH (PADAHAL DIO ORE MENGJI UGAMO DAN TAU HUKUM SEPERTI DI KATONYO: KALU KERAT TANGAN ORE YG MENCURI MUNDUR LA UMMAT ISLAM..MISALNYO) maka itu baru jatuh kafir..tetapi bukan boleh di hukum semuo orang dalam UMNO seperti itu... kerana bab IMAN TAUHID seorang nie xleh kito nk guno hukum juz'iy BUAT JADI HUKUM KEPADA kulliy..kerana WAHISABUHUM 'ALALLOH وحسابهم على الله.....

tuduh ore dgn sekular tuu ngji ko KITAB2 TOYYAROT??KITAB GHUZWWUL FIKRI FIL 'ALAMI ISLAMI??? berapo bahagian golongan sekular?? dan hok mano hok kafir dan hok mano tok jatuh kafir?? NGJI KO DOP?? tu ore suruh ngji,buke semngat berjuang sajo...berjuang ISLAM tuu comey doh tp bubuh 1lg bowok2 banyok ngji...ngji kitab,buke hanyo dengar ceramoh sajo....

Kalu ore tuduh ambo:

kalu gitu demo sokong PAS,mako demo kapir sebab sokong parti wahabi yg mana mursyidul 'am dia wahabi,mako wahabi2 nie kapir maka tiap2 redho dgn kapir mako kapir jugok.

Ambo jawab :

demo pon nok serupo khowarij jugok lah sbb cepat menghukum kafir ko ore,

PAS ialah parti politik yg di tubuhkan oleh ulamak dulu untuk menegur dan manasihati keraja'an agar menjalan kan syari'at islam dengan serius buke main-main serta PAS ini berteraskan DASAR YANG JELAS AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH : AL-QURAN ,HADIS , IJMAK ULAMAK DAN QIAS...
maka dasar tetap dasar ahlussunnah wal jama'ah walaupun cara bergerak kadang-kadang ada yang tidak selari seperti berpakat dengan DAP, melantik Muslimat sebagai calon..maka ini masalah caro bergerok tak selari dengan dasar sahaja bukan masalah parti itu sendiri...seperti UMNO lah dasar dia ada sebut ISLAM tetapi cara bergerak kadang-kadang tidak selari dengan dasar..itu perkara biasalah dalam gerakan sesebuah kumpulan atau jema'ah buatan manusia..sbb tu Hadirnya PAS pada asalnya nk nasihat kesalahan UMNO sebagai keraja'an yg memerintah kerana ini jugo perintoh QURAN amar ma'aruf nahyyu 'an mungkar..

kalu sokong PAS jd kafir mako apo demo nk hukum kepada TOK2 GURU PONDOK dulu yg rmai mano berjuang dalam PAS dan mati dalam perjuangan PAS???

adapun hal Tok Guru nik Aziz sorang ,tak akan jadi tikam turut atau lazim bilo sokong PAS maka akan sama iktiqod dgn beliau...TAK AKAN LAZIM MELAZIMI.... LEBIH2 LAGI LAH KALAU kita mendalami dalam pengjian tauhid sifat mukholafah ,ilmu maqulat dan usul tafsir,dan tafsir ayat muhkmt dn mtsybihat mcm mana,nyatalah apa yg Tok Guru nik Aziz itu Masih ADA JALAN UNTUK TIDAK MENGKAFIRKAN BELIAU..... Bagi yg mengkafirkan dengan sbb Nik Aziz duk jajo Tuhe selo lendik tuu,demo tau mano Tok Guru Nik Aziz iktiqod supo hk dio oyap..dio ore alim,kalu kito nok juruh,kito IHTIMAL Lah (TANGGUNG) bilo dio ore alim mesti dio pndai nk pegey dlm hati dio lagu mano ..TAPI caro Tok Guru Nik Aziz TERJUMOH LAGU TU IALAH SALOH KERANA BOWOK SYUBHAT AQIDAH ORE AWAM YG TOK MENGAJI SECARO TERPERINCI  ILMU USULUDDIN DAN LAGI PULOK SYAROK MENGHARAMKAN KITO MENJAJO BENDO YG BOWOK KESAMARAN KPD ORANG AWAM..JADI KERANA SAYANG KEPADA TOK GURU NIK AZIZ LAH WOJIB KITO TEGUR DAN NASIHAT BELIAU WALAUPN ORANG YG TAK FAHAM AKAN TUDUH KITA UMNO KO PEMECAH BELOH JEMO'OH KO GAPO2 LAH...KERANA BENDA HARAM WOJIB DI TEGAH JANGAN PULOP KITO YG JADI SYAITON BISU KERANA NOK JAGO MASLAHAT PARTI...cumo kito tegur buku haram duk jajo istawa dgn letok makno TAROBBOK "SELO LENDIK" ...MAKA INI SYUBHAT AQIDAH ore awam dn xdop sore ULAMAK pn,BAIK SALAF MAU PUN KHALAF terjemoh atau letok makno ISTAWA dgn TAROBBOK hatta PUOK wahabi sEkali pUn...wahabi hnya kato istawa dgn mAkno jalasa dAn Mereka x mentafsirkan apo kaifiyyat jalas tuu,adakah tawarruk ko atau iftirosh ko atau tarrobbok "selo lendik"..???

Tp 'ala kullihal nyo ,Dengan sbb sikit2 ado supo wahabi Tok Guru nik aziz ni (seperti isu selo lendik,muhammad kampung dan lain-lain ATAU DI PANGGIL JUGOK WAHABI SERBA SALOH) jd alasan kito nk kato PAS ni wahabi,ini sangat2 saloh sbb Mcm ambo oyap dlm video ambo tuu lah http://www.youtube.com/watch?v=lfoZ6Vwb9rY&feature=plcp..PAS buke milik tok guru nik aziz tp hok ore nk berjuang islam (KALAU NIAT IKHLAS DAN KENO CARO) dan dasar dio ahlussnnah wal jama'ah dgn quran,hadis,qias ijmok nyo..masoaloh ore atas tu bulih betukar kalau smuo ore dlm PAS jenis ngji dn faham ilmu sbnr buke duk ta'sub dgn pngkat sesorng...

DAN KEPADA TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA NIK A.AZIZ, AMBO MINTOK MA'AF BANYOK2 KERANA AMBO WALAUPUN SEBAGAI MURID TOK GURU DAN RAKYAT TOK GURU TETAPI DALAM BAB2 NIE AMBO KENO ROYAP BENDO SEBENAR WALAUPUN PAHIT KELAT YG AKAN DAN TELAH AMBO HADAPI...

SESUNGGUHNYO ALLOH LAH MAHA TAHU BETAPA SAYANG ,HORMAT,KASIHNYO AMBO KPD TOK GURU NIK AZIZ..

DAN AMBO HARAP2 ORE2 PONDOK LEBIH2 LAGI TOK2 GURU & USTAZ PONDOK YG MASIH LAGI ADA DALAM PAS SEPERTI TUAN GURU HJ SOLLEH PONDOK SIK KEDAH, TUAN GURU PROF HARUN DIN DAN AL-FADHIL USTAZ AZHAR IDRUS DAPAT MENEGAKKAN AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH DALAM PAS..

BEGITU JUGA HARAPAN AMBO KEPADA TUAN GURU HJ ABDULLOH BIN SA'AMAH AN-NAJMIAH,TUAN GURU PROF USMAN EL-MUHAMMADY DAN TOK2 GURU PONDOK LAIN YG BERADA DI DALAM UMNO DAPAT MERUBAH UMNO KEPADA JALANAN DAN PEGANGAN AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH YG SEBENAR...

insyaALLOH..........

AKHIR KALAM DARI AMBO YG JAHIL LAGI DHOIF INI
"AKU MENGASIHI KAMU SEMUA KERANA KAMU ULAMAK DAN ORANG YG BERJASA DALAM AGAMA KITA ISLAM TERCINTA DAN KASIH AKU KERANA ALLOH BUKAN TERLEKAT KEPADA GELARAN DAN KEMASYHURAN KALIAN"

♥♥ DUA TUAN GURU YANG AMBO SAYANGI ♥♥

TUAN GURU HJ ABDULLOH BIN SA'AMAH AN-NAJMIAH & TUAN GURU DATO NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

DARI AL-FAQIR YG HINA LAGI BANYAK PERLAKU DOSA DAN AMAT MENGHARAP AMPUN DARI TUHANNYA MAULA ROBBUL 'IZZAH


♥ السيد احمد فائز حفيظ الدين العيدروس ♥

TUAN GURU HJ ABDULLOH BIN SA'AMAH AN-NAJMIAH & TUAN GURU DATO NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
TUAN GURU HJ ABDULLOH BIN SA'AMAH AN-NAJMIAH BERSAMA AL-HABIB UMAR BIN HAFIZ

Tuesday 1 January 2013

~dimandikan malaikat~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tidak henti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga

Berpisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah




Dengan nama-Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin

Handzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi

Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan





Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan
~Handzalah..sahabat Nabi saw yang baru berkahwin lalu syahid dalam Perang Uhud dan mendapat keistimewaan dengan dimandikan oleh malaikat~
betapa hebat kisah perjuangan sahabat Nabi dalam mempertahankan agama suci Islam..beliau baru sahaja berkahwin lalu mendapat tahu perang akan berlaku..tanpa berlengah,beliau pergi berjuang di medan jihad hingga gugur syahid..
terasa malu dengan sikap sendiri dalam menegakkan agama suci Islam bila membaca kisah-kisah perjuangan sahabat-sahabat Nabi saw..iman yang mantap dan berjuang kerana Allah..tapi diri saya sendiri,selalu cepat mengalah bila ditimpa musibah..sedangkan musibah yang diterima amat kecil berbanding dengan yang diterima Nabi Muhammad saw juga para sahabatnya..MasyaAllah..
~Ya Allah..ampunilah hambaMu yang kerdil ini~
Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (Yang mempunyai) 'Arsy yang mulia. Dan barangsiapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalilpun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiada beruntung. Dan katakanlah: "Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik."
[Surah al-Mu'minuun 23:115-118]

Syarah doa rabithah

Bismillahirahmanirahim.

Alangkah indahnya kisah dua orang saudara  di jalan Allah
 yang mulanya saling mencintai tapi 
kemudiannya hubungan mereka terganggu.

Yang pertama menyatakan,
'Mengapa aku melihatmu seolah berpaling dariku?'
Yang kedua menjawab,
'Telah sampai kepadaku sesuatu tentangmu yang pasti engkau tidak menyukainya.'
Yang pertama menyatakan,
'Kalau begitu aku tidak peduli.'
Yang kedua menjawab,
'Kenapa?'
Yang pertama katakan kembali,
'Kerana jika apa yang engkau dengar itu merupakan kesalahan yang benar aku lakukan, 
aku yakin engkau pasti memaafkannya. Dan bila itu tidak, 
maka engkau tidak akan menerimanya.'

Setelah itu, keduanya kembali mencintai dalam ukhuwah dan keindahannya.

-----
Dan kita pasti mahu keindahan serupa mereka.

Kita ingin hidup dengan ukhuwah 
dengan jalan tarbiyah yang telah Allah pilihkan
Kita ingin hidup dengan merasakan kemanisan ini 
pada langkah kaki di jalan Allah dan untuk Allah.

"...maka ya Allah, abadikanlah kasih sayang di antara hati-hati kami."

Moga kita termasuk kalangan yang hatinya dipilih dan dibentuk Allah,
 dikuatkan ikatannya, dikukuhkan cintanya, 
ditunjukkan jalanNya sehingga memiliki hati yang terikat 
dengan ikatan termulia dan terkuat yang pernah ada.



Hati tidak bisa dikontrol oleh manusia
tidak pula mampu digerakkan oleh kekuatan bumi.
Apa-apa yang menghalangi tidak akan mampu,
selagi Tuhan meberi rasa untuk mencintai.

~::: Kata-kata Imam Al-Ghazali :::~


"
"Jangan resah andai ada yang membencimu,
kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.
Tetapi resahlah andai Allah membencimu,
kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.."

(Imam Al-Ghazali)

Please like this page...
Jangan resah andai ada yang membencimu,
kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.
Tetapi resahlah andai Allah membencimu,
kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.."

(Imam Al-Ghazali)

Please like this page...


Syukran jazilan ... ;)