Sunday 20 May 2012

3 Cara dalam menangani hawa nafsu yang di sarankan oleh Imam Ghazali


Cara Melawan Nafsu- Nafsu akan menyebabkan kita menderita selamanya. Kerana Hawa Nafsu kita akan berusaha menguasai sesuatu tanpa mengira akhirat dan mengutamakan kehendak dunia. Melawan nafsu beerti menguasai diri seperti berdoa kepada Allah Ta'ala agar tidak terus terjerumus dalam nafsu syahwat yang jahat yang mampu membuatkan kita meninggalkan atau mengabaikan apa yang telah di syariatkan ke atas diri kita sebagai hamba Alla Ta'ala.
hawa
Apa Kehendak Nafsu Yang Boleh Buat Kita Menderita
Hawa nafsu pada sifat asalnya hanyalah memandu kita ke arah kezaliman. Di mana buktinya kezaliman tersebut? Ketika nafsu itu menguasai diri, kita makan berlebihan hingga membuatkan kita menghadapi penyakit, mengejar kemasyuran hingga membuatkan kita berasa bongkak terhadap manusia yang lain. Cukuplah 2 contoh yang boleh di jadikan bukti di atas maksud kezaliman tersebut. Itu belum termasuk di dalam bab nafsu mencari cinta manusia untuk mencintai dan di cintai hingga membuatkan kita leka dan terlupa mencintai Allah Ta'ala.

3 Cara dalam menangani hawa nafsu
yang di sarankan oleh Imam Ghazali ialah:


1) Penuhkan masa dengan ibadat fardhu dan sunat.
Dalam usaha memerangi nafsu, ibadat solat adalah yang paling utama yang harus kita lakukan. Sebab itu lah solat di katakan tiang bagi agama. Bukan sahaja solat lima waktu tetapi dengan cara qiamullail iaitu bersolat di tangah malam mampu menundukkan nafsu syahwat yang mendorong ke arah kejahatan.

2) Menahan/menyekat hawa nafsu melalui berpuasa
Bagaimana puasa boleh mengawal nafsu kita? Nafsu ibarat binatang liar yang sukar di kekang bila ianya menguasai diri. Seperti nafsu makan misalnya, dengan berpuasa kita dapat menahan diri kita menikmati makan seperti biasa. Dari sudut berpuasa juga, kita sudah siapa sedia di lengkapi kekuatan dari menghalang hawa nafsu dari pandangan mata melihat yang tidak baik, telinga dengan mendengar sesuatu yang berdosa, dan mulut dari berkata perkara-perkara yang di larang. Apa lagi kalau nafsu seks kan? Inilah cara yang terbaik dalam menjinakkan nafsu seks kita. Dan sia-sia puasa kita, dengan menahan lapar dan dahaga, kalau kita SENGAJA melihat, mendengar atau bercakap yang boleh menimbulkan dosa.

3) Banyak kan berdoa kepada Allah Ta'ala
Memerangi nafsu syahwat merupakan satu usaha yang wajib kita ketahui. Usaha menentang hawa nafsu juga salah satu punca jihad ke jalan Allah Ta'ala. Berdoa lah kepada Allah Ta'ala agar usaha kita hari ini, dengan menambahkan kekuatan untuk melawan hawa nafsu yang keterlaluan.

hawa

Sabda Nabi Muhammad SAW kepada Muaz Bin Jabal:
"Wahai muaz,aku sangat cinta kepadamu. Selepas kau mengerjakan solat jangan sesekali kau lupa berdoa kepada Allah dengan doa ini: ' Ya Allah, bantulah aku mengingati mu, bantulah aku dalam mensyukuri nikmatmu, dan bantulah aku dalam memperbaiki ibadahku kepada-Mu."
Kesimpulannya:
Nafsu manusia tidak akan puas dan tiada batas kehendaknya. Berusaha dengan penuh kesungguhan, kekuatan dan penuh kesanggupan pada jalan Allah Ta'ala juga merupakan jihad. Pesanan Imam Ghazali:
"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah Ta'ala ialah dia mengutamakan perkara yang di sukai oleh Allah Ta'ala daripada kehendak nafsu peribadi sama ada zahir mahupun batin.
# Pada mereka yang suka berdiet, apa salahnya kita niat atas berpuasa sunat. Kesihatan dapat, jauh dari maksiat mata, mulut dan telinga, Taman syurga beserta kemewahan akhirat milik kita insyaallah.

## Kalau ada sesiapa nak tambah, dipersilakan.

No comments:

Post a Comment