Sunday 20 May 2012

Hidup Penuh Dengan Kata-Kata Cinta

Hidup Penuh Dengan Kata-Kata Cinta

Cuba fikirkan kembali, apa tujuan sebenarnya kita di lahirkan ke dunia ini. Adakah untuk bersukaria, atau mengabdikan diri dengan segala anggota tubuh dan nikmat yang dikurniakan kepada kita kepada yang Maha Esa? Apakah maksud dasar apa itu nikmat yang sebenarnya. Kemana hala tuju yang sepatutnya pada nikmat membawa kita ke syurga.


Pernahkah anda terfikir, kenapa kita tidak sama dengan ciptaan yang lain di muka bumi ini. Jika dibandingkan dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan, mereka juga ciptaan illahi seperti kita. Di sini akan timbul tanda bersyukur nya kita kepada-Nya, kerana di lahirkan sangat sempurna dengan di sertai fitrah yang sedia ada.

Mengapa kita di berikan otak yang di katakan akal fikiran manusia sebagai pengantara apabila kita berbuat sesuatu perkara. Kenapa tidak 2 otak tidak di kurniakan buat kita sebagai manusia? Mungkin ada kebenarannya jika 1 otak yang sedia ada,masih lagi ada manusia yang tidak tahu menghargai yang 1 itu. Bagaimana jika mereka dikurniakan dua otak yang berasingan. Mungkin makin bermaharaja lela mereka di muka bumi ini sehingga terlupa siapa pencipta kita.


Bagaimana pula dengan nikmat lidah. Sama juga seperti otak. Tidak ada 2 atau 3 buat kita. Selain daripada pengucapan yang baik-baik sahaja, bertujuan dikurniakan buat kita sebagai manusia untuk memuji kepada pencipta yang 1. Bukan menggunakan kata-kata indah yang membuatkan manusia itu hanyut dalam pemikiran mereka dan hidup penuh dengan kata- kata cinta sedangkan kata-kata itu seharusnya bersifat ke arah pemikiran yang seterusnya.


Tidak seperti lengan,kaki,telinga dan mata. Di kurniakan buat kita sepasang lengan dan kaki supaya bijak menggunakannya kearah yang di redhai bukan melakukan ke arah yang sebaliknya. Di sini lah gandaan ganjaran buat kita sebagai manusia iaitu pahala atau pun dosa. Kerana tidak mungkin jika sebelah lengan atau kaki ke arah kemungkaran sebelahnya lagi berdiam tanpa ikut turut serta. Sama juga seperti lengan dan kaki, mata dan telinga di kurniakan bijak membuat pertimbangan dalam segala hal. Menggunakan nikmat yang ada untuk mentafsirkan sama ada kebaikan atau keburukan sebagai penerimaan mereka kepada amalnya.

Sedarlah. Hanya ini yang utama buat kita berwaspada. Jagalah hati yang 1. Kerana kealpaan kita dalam memeliharanya mampu membuatkan kita jauh ke landasan yang sepatutnya. Dari situ akan bermulalah virus atau erti kata lain penyakit hati. Sentiasa ada rasa takbur, bongkar, ujub dan seiring dengan sifat-sifat mazmumah. Kerana penyakit ini tidak akan kelihatan tanda-tandanya untuk menyerang. Yang cuma ada vaksin untuk mengubatinya, iaitu memohon kata taubat kepada Allah Ta'ala, berjanji akan tidak akan melakukan semula serta mendekatinya kembali.


Pada hati lah juga manusia bermula dengan perasaan cinta kepada manusia. Jika benar pada seketul hati ini bermulanya cinta, bagaimana mahu kita menerima cinta yang sejati, jika seketul hati itu tidak kita sucikan sebersih-bersihnya dalam persediaan kita menunggu hadirnya cinta.

No comments:

Post a Comment