Sunday 20 May 2012

Tips Mengenal Diri Sendiri

Tips Mengenal Diri Sendiri

Kenapa perlu menjadi diri orang lain semata-mata mahu mempamerkan bahawa kita hebat seperti mereka? Sedangkan kita seharusnya mengukur keupayaan dan kemampuan diri kita sendiri untuk melahirkan sesuatu perkara mahupun atas perlakuan kita. Bukannya hidup atas bayang-bayang orang lain. Kerana bayangan orang lain hanya boleh di jadikan satu bentuk dorongan bukan kita jadikan satu sandaran usaha untuk hidup. Kerana hidup atas usaha dan kemampuan diri sendiri lebih penuh bermakna dan walaupun tidak setanding dengan diri orang lain.


Hidup tanpa bayangan orang lain sebenarnya merupakan kebebasan tanpa batasan. Yang kita boleh dapati adalah kegembiraan dan kebahagiaan yang kita tercari-cari selama ini. Perlukah menjadi diri orang lain sedangkan keupayaan dan kemampuan diri sendiri tidak mampu menandingi. Percayalah pada diri kita sendiri. Bahawa setiap kejadian dan ciptaan mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri. Mulalah tersenyum. Ruang bahagia tersedia untuk kita semua.

Usaha cari bahagia biar jadi fenomena suatu hari nanti. Kerana dengan menjadi diri sendiri akan menghadiahkan satu puncak kepuasan diri untuk kita ketika sampai di menara bahagia itu nanti.

No comments:

Post a Comment