Thursday, 31 May 2012


ஜ♥(¯`•.¸ღ Assalamu'alaikum ღ¸.•´¯)♥ஜ♥

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

Tazkirah:

ஜ♥(¯`•.¸ღ Assalamu'alaikum ღ¸.•´¯)♥ஜ♥

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

Tazkirah:

Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi atau insan yang tak mengerti...

kerana sekali kau memberi, selamanya dia di HATI...
kerana sekali kau dilukai, sampai bila2 tetap kau ingati...

Maka berhati - hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI yang ikhlas kerana Ilahi..

Serahkan hati itu pada ALLAH...
InsyaALLAH,ALLAH akan serahkan hati kita pada seseorang yang terbaek (^_^)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم






بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Tazkirah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Tazkirah:

RENUNGKANLAH~~

~> Apa nak dibangga pada WAJAH..
~> Apa nak diriak pada GAGAH..
~> Kuat atau LEMAH..
~> Buruk atau INDAH..
~> Itu semua pinjaman ALLAH..
~> Wahai teman-teman SEDARLAH..
~> Bongkak mana pun kita MELANGKAH..
~> Hebat mana pun tutur dan PETAH..
~> Hakikatnya kita hanya insan LEMAH..
~> Jangan buat Allah MARAH..
~> Kerana balasanNya kita tak BETAH..
~> Sedar dan ingat-INGATLAH..
~> Kita semua bakal JENAZAH..
~> Yang akan hancur dimamah TANAH....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Wednesday, 30 May 2012

Cinta..Hummm



gambar hiasan

Assalamu’alaikum w.b.t dan salam setanggi mahabbah. Apa khabar saudara/I hari ini? Huh? Sihat? Alhamdulillah, gembira ana mendengarnya. Huh? Apa? Ana dengar ada yang tidak berapa sihatlah. Bagi yang tidak berapa sihat, ana harap antum bersabar dan tabah menghadapinya. Gembiralah atas ujian yang Allah S.W.T berikan kepada kita, itu bertujuan untuk menghapus dosa dan menaikan darjat saudara/i.
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
Ish, panjang pulak, Ok apa tajuk entri untuk hari ini? Eh, macam biasalah, di ataskan sudah tertera tajuknya. Eh, malulah nak berkata tentang cinta ni, malunyee… Mesti antum pun malu nak berkata tentang cinta, kan? Haa, tengok tu muka dia dah merah, malulah tu… Ops, maaf, maaf, bergurau je, harap tiada yang tersinggung. Nah, berkata tentang cinta, pelbagai tafsiran dan anggapan yang hinggap serta bermain dalam fikiran kita kan? Ada pada saudaranya, suaminya, ibu bapanya, tunangnya, isterinya dan banyak lagi. Hari ana nak berkongsi tentang cinta, boleh tak? Boleh? Ok, terima kasih.
Cinta, tiada seorang hamba pun yang tiada rasa cinta dalam dirinya. Jika ditanya, akan mereka berkata melalui apa yang mereka lalui serta rasai dan begitulah ana yang juga tidak terlepas daripada perasaan itu. Siapalah ana untuk menolak fitrah yang suci ini. Terkadang ia menebal dan terkadang ia meluntur dalam diri ini. Cinta itu suatu yang mendatangkan kebahagian dalam hati sang pencinta, yang menghapus duka dan mendamaikan jiwa yang sedang gelisah. Ia mengisi kekosongan jiwa yang keseorangan dan memenuhi lorong-lorong hati yang sunyi. Keindahannya menghiasi setiap liku-liku perjalanan sang musafir, relanya menempuh ujian dan rintangan. Mengapa? Demi yang dicintai. Hatinya hangat dipanaskan oleh kehangatan cinta, dan hilangnya api permusuhan kerana kesejukan sentuhan cinta. Takut untuk kehilangannya dan risau akan perginya, resah melanda akan ketidakhadirannya dan rindu menyapa tatkala berjauhan, itulah cinta. Eh… Berfalsafah pula, macam doctor cinta pun ade juga, ish, ish, maafkan ana, syok sendiri pula.
Cinta? Indah didengar, tetapi jangan disalah tafsir akan maksudnya. Hakikatnya cinta adalah pada ILAHI. Indahnya cinta andai pada jalan menujuNYA, siapa? Pada Rasulullah s.a.w. Damainya cinta andai diasaskan dengan cinta kepada Allah S.W.T. Cinta pada dunia, kelak ia akan pergi. Namun begitu, masih juga ada yang tersasar dan tersalah tafsir akan cinta. Mencintai sesuatu yang tidak selayaknya, malahan hingga sanggup agama tergadai. Cinta pada teman wanita/lelaki hingga lupa mana satu perintah dan mana satu larangan dan berberbagai-bagai kesalahan kita dalam mentafsir serta kefahaman tentang erti cinta. Teman, bukankah ia satu pembaziran cinta? Cinta yang tidak diasaskan pada ILAHI. Hmm… HAH?! Dalam cinta pun ada pembaziran juga? Ya, betul,  sesuatu yang tidak digunakan dengan betul atau semanfaatnya dikira membazir. 
Firman Allah S.W.T:
Artinya : Janganlah kalian berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan"
[Al-An'am : 141]
Nah, teman-teman, Allah S.W.T. tidak melarang kita untuk bercinta atau berkasih sayang, tetapi biarlah ia sesuai pada tahapnya. Cinta yang berasaskan nafsu itu cinta yang hina, ia dipandu oleh nafsu hasil hasutan syaitan. Takutlah dengan cinta jenis ini , tiada kebaikan cinta begini, yang ada hanya keburukan. Cinta pada sesuatu atau pada seseorang kerana Allah S.W.T. dan bencilah sesuatu perkara juga kerana Allah S.W.T.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Paling kuat tali hubungan keimanan ialah cinta karena Allah dan benci karena Allah”.
(HR. Ath-Thabrani)
“Susahlah nak buat”, Memang betul, tetapi kita boleh cuba buat sedikit demi sedikit secara berterusan dengan kata lain Istiqomah.
 Eh, awak ni tidak pernah bercinta ke? MasyaAllah (nak jawab ke macam mana ni… Soalan bahaya ni ). Ana tidak pernah bercinta, tetapi ana mengaku yang ana mungkin ada berkenan pada seseorang, tetapi ada sesuatu yang menyapa ana. “Adakah engkau bersedia untuk bercinta atau mencintai seseorang dan sesuatu selagi cintamu pada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W melebihi segala-galanya?” Hati mana yang tidak terketuk tatkala hadir lontasan itu. Bukan ana ana tidak mahu bercinta atau menolak cinta seseorang, tapi anan tidak mahu ia dipandu oleh nafsu. Biarlah ia kerana Allah S.W.T. Pernah oleh seorang sahabat, 
“mad, kau ade tak berkenan kat seseorang?”. 
(Ya Allah, macam mana nak jawab ni?) “Ya, memang ada suka pada seseorang, tetapi tidak berharap dan hanya sekadarnya. Lebih-lebih lagi tidak mahu lalai disebabkan perasaan pada ‘si dia’ dan tidak pula mahu melayan perasaan itu. Ana masih sedar lagi mana satu priority dan mana satu yang ana perlu lakukan buat masa ini”. Jawab ana pada soalannya.
Ish, merah muka nak jawab soalan sahabat ana yang sorang ni.  Banyak soalan yang ditanya, walaubagaimanapun  kena berterus-terang pada sahabat ana. Sebelum sahabat ana Tanya lebih banyak soalan tentang ‘si dia’, ana cepat-cepat tukar tajuk. Heee…(^_^) mengelak. Bukan apa teman-teman, takut dilayan perasaan cinta atau rindu yang tiada ikatan yang halal. Tak tahulah mana nak tutup muka ketika ditanya soalan begitu. Mujur je tak tutup muka dengan bantal kat sebelah masa tu. Berpeluh menjawab soalan sahabat ana ni. Sebenarnya banyak soalan yang ditanya tapi ana hanya masukan salah satu sahaja dalam entri ana ini ye. Kenape? Ish, malulah nak letak soalan yang lain.
Nah, teman-teman, cinta itu bukan suatu cara atau jalan yang menghalalkan sesuatu yang memang haram. Cinta itu adalah mekanisme yang menjadikan hubungan dua sahabat lebih rapat, menghapuskan pertengkaran dalam rumah tangga dan menghapuskan permusuahan dalam Negara. Andai semuanya berasaskan kerana Allah S.W.T. Jadi, cintailah sesuatu itu kerana Allah S.W.T. 
Ana rasa cukuplah sekadar disini perkongsian ana yang tidak seberapa ini. Sekiranya ada tersalah dalam berbahasa dan menulis dalam entri ini, ana minta maaf dan harap ditegur. Minta maaf juga sekiranya ana menyinggung antum sepanjang ana menulis. Tiada niat untuk menyinggung antum, hanya sekadar berkongsi apa yang dilalui dalam nafas yang terhela. Sungguhpun  begitu, inilah ana seorang hamba yang banyak kelemahannya yang hakikatnya memerlukan tunjuk ajar dari yang arif dalam sesuatu bidang. Wallahu’alam.

Cinta itu suatu yang misteri,
Hadirnya ia mengisi kekosongan hati,
Jiwa yang dahulunya sunyi,
Kini riuh dengan yang dicintai,

Namun tahukah apa ertinya?
Bukan menghalalkan yang diharamkan oleh-NYA,
Hakikatnya cinta itu pada ILAHI jua,
Penyejuk jiwa penawar hati sunyi,

Hakikatnya ia adalah suci,
Pemanis hati jiwa yang murni,
Pembakar semangat juang,
Penghapus gentar sang pejuang,

Tatkala ia menyapa,
Damai dihati terasa,
Tatkala ia pergi,
Resah gelisah menyapa diri,

Hinanya cinta andai tersilap,
Sinarnya kelam lagi gelap,
Hina kerana dicemari,
Tercemar dek nafsu diri,

Sinarilah cinta dengan Iman,
Penuhilah ia dengan kesucian,
Jangan dibiar ia dikotori,
Kelak bahaya melanda diri,

Bukan maksud untuk menyinggung,
Sekadar menyatakan bimbang,
Bukan pula untuk bermusuhan,
Tetapi untuk merapatkan ukhuwah,

Peringatan Allah Ketika Lupa


gambar hiasan

Assalamu’alaikum w.b.t dan salam setanggi ukhuwwah.Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjat kepada Allah S.W.T kerana limpah dan kurnia-Nya masih lagi ana dapat menggerakkan  jari ana untuk berkongsi dengan antum, hakikatnya DIA jua yang menggerakkan jari ana, tidak terdaya ana untuk menggerakkan  atau melakukan sesuatu perkara tanpa izin-Nya. Dan kerana Rahmat dan Kasih sayang-Nya jualah ana masih lagi dapat melihat kebesaran-Nya, serta menghirup dan menghembus udara milik-Nya, dimana hakikat yang sebenar adalah segala-galanya adalah milik Allah S.W.T. Jangan lupa nikmat Allah yang paling besar kepada kita iaitu nikmat Iman dan Islam.  hmm, apa agaknya ana nak kongsikan ye? InsyaAllah, berkongsi tentang datang-Nya peringatan Allah ketika Lupa…


Alhamdulillah saudara/I ku tersayang, apa yang ana nak berkongsi tidaklah sehebat para penglipur lara dan tidak pula sehebat para ilmuan. Tetapi apa yang nak kongsikan adalah tidak lebih dari coretan dan sebagai peringatan buat diri dan yang membaca, pada hakikatnya ana juga seorang pembaca.

Kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, tetapi Allah memberi kita aqal untuk berfikir  dengan penuh hikmah dan kritis agar memilih jalan atau pilihan yang baik dan memberi manfaat pada diri serta masyarakat. Dalam setiap pilihan kita itu tersirat ujian atau kesan yang menuntut kesabaran dan ketabahan serta sangkaan yang baik pada Sang Pencipta. Kenapa? Bila kita membuat keputusan dan ia tepat dan manfaatnya pada diri serta masyarakat, yang mungkin hadir adalah sifat riak, takbur dan bongkak. Dari ini, kita tahu ujian pada diri kita adalah untuk menangkis sifat-sifat itu agar tidak hadir dalam hati kita. Seterusnya,  apabila keputusan kita itu tersilap  atau tidak berhasil setelah kita berfikir dan rancang dengan penuh teliti, dan ia tidak berhasil, malah musibah pula yang melanda, jangan gusar teman, untuk ini ketabahan, kesabaran dan sangka baik atas ujian dari Allah. Allah nak mengingatkan kita bahawa, perancangkan kita belum cukup teliti, mungkin juga keputusan yang kita nak lakukan itu berat sebelah dan mungkin juga selepas kita membuat keputusan kita lupa untuk memohon agar Allah s.w.t permudahkan segala perancangkan kita. kita tidak tahu apa akan berlaku  disebalik apa yang kita bakal buat. Samada kita suka atau   tidak, ketahuilah Allah lebih mengetahui daripada kita, ALLAH itu MAHA MENGETAHUI.


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“…. dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah: 216)

Saudara ketika kita lalai atau leka, aka nada teguran atau peringatan Allah kepada kita. usah kita lihat pada orang lain. Kita lihat pada diri kita sendiri, terkadang datang teguran Allah S.W.T kepada diri kita ketika diri lalai atau leka dengan dunia. Usah diperkatakan orang lain, ana sendiri yang banyaknya lalai serta leka siapakah ana didunia ini juga diberi peringatan dan teguran dari Allah S.W.T dengan ujian dan sedikit kesakitan pada badan. Pernah suatu hari ana banyak leka dan lalai dari mengingati Allah, setelah tidak beberapa lama dari itu ana terhantuk batang paip. Cuba teka apa yang terucap dari mulut? Ya Allah terucap dari mulut secara tidak langsung. Tersentak hati tatkala mendengarnya, bertapa hinanya diri apabila lalai dan leka daripada mengingati Allah. Nah, lihat Allah mendatangkan musibah pada kita bukanlah untuk menganiaya diri kita tapi untuk memberi peringatan pada diri kita atas setiap tindakan kita. kita sepatutnya bersyukur apabila Allah menduga atau menguji kita, bukan mengeluh.

Pernahkan ketika kita berada di sesuatu tempat dan kita lalai dari mengingati Allah, dan pada masa itulah datangnya peringatan dari Allah kan? Jadi apa reaksi kita? Takut? Frust? Marah? Sabar dan Tabah? Tidak dapat terima kenyataan? Hmm.. Terimalah dengan penuh yakin bahawa musibah yang hadir adalah peringatan daripada Allah, jangan mengeluh, tidak baik untuk hati dan iman. Sebahagian daripada kita akan sedar apabila musibah menimpa dirinya, dan ada sebahagian yang akan sedar apabila ada musibah menimpa sesuatu tempat atau seseorang. Dan lebih buruk lagi ada yang tidak sedar-sedar akan maksud Allah turunkan musibah atau ujian pada hamba-hamba-Nya, malah masih ada yang binggung akan musibah yang melanda mereka serta ada juga yang  berfikir negatif terhadapNya. Na’uzbillah min zalik. Allah datangkan untuk kita ujian agar bertaqwa serta bertambah yakin kita kepada-Nya bahawa kita manusia tidak terdaya melakukan apa-apa pun tanpa Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Dia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. 
(Ar-Rum: 37)

Teman-temanku sayang, Ana minta maaf kerana tidak dapat nak berkongsi banyak dengan antum, ana tidak banyak ilmu seperti Ibnu Atha’illah yang penuh dengan kata-kata hikmah dan tidak pula sehebat Imam Al-Ghazali yang banyak tahu tentang hati. Siapa ana jika dibandingkan dengan mereka, mereka telahpun mendakap cinta Allah, sedangkan diri ini masih merangkak dan masih meraba-raba mencari cinta Allah.

Andai ada bahasa yang kasar, serta isi yang tidak tepat dalam posting ini ana minta maaf banyak-banyak  dan silalah tegur ana. Maaf juga atas posting ana yang kurang menarik buat kali ini. Ana tinggalkan sedikit pesanan untuk diri, harap antum tidak kisah…

Duhai diri.
Jaga hati, jaga diri,

Jaga iman, jaga peribadi,
Jaga akhlak, jaga lisanmu,
Jaga agamamu, Ingat Allah selalu.

Sedikit kata ibnu Atha’illah

Apabila engkau mengetahui bahawa syaitan itu tiada akan lalai daripada dirimu, maka janganlah pula engkau lalai daripada Dia (yakni hendaklah engkau berlindung diri daripada segala kejahatan syaitan itu dengan engkau sentiasa ingat dan sentiasa berserah diri kepada AllÁh) yang ubun-ubunmu adalah di dalam tanganNya (yakni ia berada di dalam kekuasaanNya).”
 Al-Hikam: Atha’illah (236)

Wallahu’alam….

Renungan Bersama


gambar hiasan


Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan
kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia didalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?


Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Kenalilah Diri kamu Sebetul-betulnya Nescaya Engkau Akan Mengenali Tuhan Yang Amat Nyata .....