Wednesday, 30 May 2012

Peringatan Allah Ketika Lupa


gambar hiasan

Assalamu’alaikum w.b.t dan salam setanggi ukhuwwah.Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjat kepada Allah S.W.T kerana limpah dan kurnia-Nya masih lagi ana dapat menggerakkan  jari ana untuk berkongsi dengan antum, hakikatnya DIA jua yang menggerakkan jari ana, tidak terdaya ana untuk menggerakkan  atau melakukan sesuatu perkara tanpa izin-Nya. Dan kerana Rahmat dan Kasih sayang-Nya jualah ana masih lagi dapat melihat kebesaran-Nya, serta menghirup dan menghembus udara milik-Nya, dimana hakikat yang sebenar adalah segala-galanya adalah milik Allah S.W.T. Jangan lupa nikmat Allah yang paling besar kepada kita iaitu nikmat Iman dan Islam.  hmm, apa agaknya ana nak kongsikan ye? InsyaAllah, berkongsi tentang datang-Nya peringatan Allah ketika Lupa…


Alhamdulillah saudara/I ku tersayang, apa yang ana nak berkongsi tidaklah sehebat para penglipur lara dan tidak pula sehebat para ilmuan. Tetapi apa yang nak kongsikan adalah tidak lebih dari coretan dan sebagai peringatan buat diri dan yang membaca, pada hakikatnya ana juga seorang pembaca.

Kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, tetapi Allah memberi kita aqal untuk berfikir  dengan penuh hikmah dan kritis agar memilih jalan atau pilihan yang baik dan memberi manfaat pada diri serta masyarakat. Dalam setiap pilihan kita itu tersirat ujian atau kesan yang menuntut kesabaran dan ketabahan serta sangkaan yang baik pada Sang Pencipta. Kenapa? Bila kita membuat keputusan dan ia tepat dan manfaatnya pada diri serta masyarakat, yang mungkin hadir adalah sifat riak, takbur dan bongkak. Dari ini, kita tahu ujian pada diri kita adalah untuk menangkis sifat-sifat itu agar tidak hadir dalam hati kita. Seterusnya,  apabila keputusan kita itu tersilap  atau tidak berhasil setelah kita berfikir dan rancang dengan penuh teliti, dan ia tidak berhasil, malah musibah pula yang melanda, jangan gusar teman, untuk ini ketabahan, kesabaran dan sangka baik atas ujian dari Allah. Allah nak mengingatkan kita bahawa, perancangkan kita belum cukup teliti, mungkin juga keputusan yang kita nak lakukan itu berat sebelah dan mungkin juga selepas kita membuat keputusan kita lupa untuk memohon agar Allah s.w.t permudahkan segala perancangkan kita. kita tidak tahu apa akan berlaku  disebalik apa yang kita bakal buat. Samada kita suka atau   tidak, ketahuilah Allah lebih mengetahui daripada kita, ALLAH itu MAHA MENGETAHUI.


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“…. dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah: 216)

Saudara ketika kita lalai atau leka, aka nada teguran atau peringatan Allah kepada kita. usah kita lihat pada orang lain. Kita lihat pada diri kita sendiri, terkadang datang teguran Allah S.W.T kepada diri kita ketika diri lalai atau leka dengan dunia. Usah diperkatakan orang lain, ana sendiri yang banyaknya lalai serta leka siapakah ana didunia ini juga diberi peringatan dan teguran dari Allah S.W.T dengan ujian dan sedikit kesakitan pada badan. Pernah suatu hari ana banyak leka dan lalai dari mengingati Allah, setelah tidak beberapa lama dari itu ana terhantuk batang paip. Cuba teka apa yang terucap dari mulut? Ya Allah terucap dari mulut secara tidak langsung. Tersentak hati tatkala mendengarnya, bertapa hinanya diri apabila lalai dan leka daripada mengingati Allah. Nah, lihat Allah mendatangkan musibah pada kita bukanlah untuk menganiaya diri kita tapi untuk memberi peringatan pada diri kita atas setiap tindakan kita. kita sepatutnya bersyukur apabila Allah menduga atau menguji kita, bukan mengeluh.

Pernahkan ketika kita berada di sesuatu tempat dan kita lalai dari mengingati Allah, dan pada masa itulah datangnya peringatan dari Allah kan? Jadi apa reaksi kita? Takut? Frust? Marah? Sabar dan Tabah? Tidak dapat terima kenyataan? Hmm.. Terimalah dengan penuh yakin bahawa musibah yang hadir adalah peringatan daripada Allah, jangan mengeluh, tidak baik untuk hati dan iman. Sebahagian daripada kita akan sedar apabila musibah menimpa dirinya, dan ada sebahagian yang akan sedar apabila ada musibah menimpa sesuatu tempat atau seseorang. Dan lebih buruk lagi ada yang tidak sedar-sedar akan maksud Allah turunkan musibah atau ujian pada hamba-hamba-Nya, malah masih ada yang binggung akan musibah yang melanda mereka serta ada juga yang  berfikir negatif terhadapNya. Na’uzbillah min zalik. Allah datangkan untuk kita ujian agar bertaqwa serta bertambah yakin kita kepada-Nya bahawa kita manusia tidak terdaya melakukan apa-apa pun tanpa Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Dia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. 
(Ar-Rum: 37)

Teman-temanku sayang, Ana minta maaf kerana tidak dapat nak berkongsi banyak dengan antum, ana tidak banyak ilmu seperti Ibnu Atha’illah yang penuh dengan kata-kata hikmah dan tidak pula sehebat Imam Al-Ghazali yang banyak tahu tentang hati. Siapa ana jika dibandingkan dengan mereka, mereka telahpun mendakap cinta Allah, sedangkan diri ini masih merangkak dan masih meraba-raba mencari cinta Allah.

Andai ada bahasa yang kasar, serta isi yang tidak tepat dalam posting ini ana minta maaf banyak-banyak  dan silalah tegur ana. Maaf juga atas posting ana yang kurang menarik buat kali ini. Ana tinggalkan sedikit pesanan untuk diri, harap antum tidak kisah…

Duhai diri.
Jaga hati, jaga diri,

Jaga iman, jaga peribadi,
Jaga akhlak, jaga lisanmu,
Jaga agamamu, Ingat Allah selalu.

Sedikit kata ibnu Atha’illah

Apabila engkau mengetahui bahawa syaitan itu tiada akan lalai daripada dirimu, maka janganlah pula engkau lalai daripada Dia (yakni hendaklah engkau berlindung diri daripada segala kejahatan syaitan itu dengan engkau sentiasa ingat dan sentiasa berserah diri kepada AllÁh) yang ubun-ubunmu adalah di dalam tanganNya (yakni ia berada di dalam kekuasaanNya).”
 Al-Hikam: Atha’illah (236)

Wallahu’alam….

No comments:

Post a Comment