Sunday, 5 August 2012

Letak gambar muslimah di Facebook


Assalamualaikum/
Apa hukum muslimah meletakkan gambar mereka yg menutup aurat di dalam laman sosial (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri?
Jawapan:

 
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله وعلى آله وصحبه أجمعين
وبعد,
Ada beberapa sudut yang perlu dibincang dalam isu ini antaranya ialah perhiasan yang dibenarkan didedahkan oleh seorang wanita , isu saranan menundukkan pandangan kepada kaum lelaki ,isu niat dan isu fitnah.
Firman Allah SWT:
Bermaksud :dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; (terjemahan sebahagian ayat 31 surah al-Nur )
Dalam tafsir Ibnu Kathir dinukilkan beberapa pandangan mengenai perhiasan tubuh yang diberi pengecualian antara:
عن ابن عباس: { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } قال: وجهها وكفيها والخاتم
Ibnu Abbas mengatakan antara perhiasan berkenaan ialah wajah , kedua tapak tangan dan cincin.Beliau membawa dalil :
عن عائشة، رضي الله عنها؛ أن أسماء بنت أبي بكر دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم وعليها ثياب رقاق، فأعرض عنها وقال: “يا أسماء، إن المرأة إذا بلغت المحيض لم يصلح أن يُرَى منها إلا هذا” وأشار إلى وجهه وكفيه
Daripada Aishah R.A bahawa Asma’ bte Abu Bakar menemui Nabi SAW dalam keadaan berpakaian agak nipis lantas Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata “wahai Asma’ sesungguhnya apabila sampai peringkat umur baligh , tidak harus dirinya dipandang kecuali ini sambil menunjuk kepada muka dan tapak tangannya.(sunan Abi Daud 4014)
Dalam isu menundukkan pandangan Allah SWT berfirman:
Bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.(Terjemahan ayat 30 surah al-Nur)
Mengikut sebahagian ulama muka dan tapak tangan adalah termasuk dalam perhiasan yang diberi keizinan oleh syara’ untuk didedahkan .Namun falsafah mengapa ia diberi keizinan ialah seperti diungkap oleh al-Hafiz Ibnu Kathir
قال  : { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } أي: لا يُظهرْنَ شيئا من الزينة للأجانب، إلا ما لا يمكن إخفاؤه.
“Janganlah mendedahkan perhiasan berkenaan kepada lelaki asing kecuali yang tidak mungkin atau sukar untuk di sembunyikan
Maka dengan itu , sengaja meletakkan gambar walaupun  menutup aurat didalam laman sosial (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri hendaklah dijauhi lebih-lebih jika gambar itu ada unsur tabarruj , aksi yang merangsang dan membawa kepada fitnah yang lebih besar kepada diri sendiri mahupun keluarga .
Kecuali ada maksud tertentu yang diterima oleh shara’ tetapi dengan penampilan yang cukup beradab seperti bersama-sama rakan yang lain dalam sesuatu program atau bersama suami .
Hadith menyebut :
انما الأعمال بالنيات
Hanyasanya amalan itu itu dinilai berdasar kepada niat
Kaidah feqh menyebut :
الأمور بمقاصدها
Sesuatu perkara itu berdasarkan kepada tujuannya.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Solat witir selepas terawih

1) Assalamualaikum ustaz,
bolehkah kita melakukan 2 kali solat sunat witir dalam satu malam. Contohnya, selepas sunat tarawih saya terus melakukan sunat witir namun begitu pada pertengahan malam saya bangun untuk melakukan tahajud seterusnya witir. Adakah betul cara pelaksanaan ibadah ini???
Ahmad
2) Assalamualaikum ustaz,saya agak keliru dengan persoalan yang berkaitan dengan solat sunat witir. Ada yang mengatakan bahawa witir itu penutup yang bermakna penutup ibadah kita pada malam itu. Jadi, jika kita berniat untuk beribadah lagi (selepas terawih di rumah seperti qiam etc) maka tidak perlu buat solat witir. Saya kurang arif pada ketika saya mendengarkan perkara tersebut maka saya tidak bertanyakan dari mana sumber itu berasal. Minta panduan dan huraian sedikit daripada ustaz. Salam Ramadhan.
shariful fadzli
Jawapan:
:الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله , وبعد
Pertamanya perlu diketahui di sini bahawa hukum melakukan solat witir adalah sunat muakkad. Persoalan yang ditimbulkan di sini ialah mengenai seseorang yang ingin melakukan solat sunat di rumah selepas dia mengerjakan solat terawih di masjid. Adakah dia perlu menangguhkan solat witir di masjid dan mengerjakan solat witir tersebut di rumah sebagai penutup solat malam, atau dia boleh melakukan solat witir selepas solat terawih dan menyambung solat-solat sunat di rumah walaupun telah mengerjakan solat witir di masjid?
Jika selesai sunat terawih dan anda tidak menunaikan solat witir kerana ingin mengerjakannya di rumah sebagai penutup kepada solat-solat sunat anda, maka ia adalah benar dan tidak menjadi persoalan di sini.
Yang menjadi perbahasan ulama ialah bagi mereka yang telah mengerjakan solat witir selepas solat terawih di masjid dan selepas itu ingin menyambung ibadat solatnya di rumah. Adakah dia boleh melakukan solat sunat tambahan kerana telah melakukan solat witir sedangkan solat witir dianggap sebagai penutup solat malam.
Permasalahan ini termasuk dalam masalah khilaf (masalah yang diperselisihkan ulama).
Ringkasnya, pandangan ulama dalam masalah ini adalah seperti berikut:
1) Jika seseorang telah melakukan solat witir dan kemudian dia ingin mengerjakan solat-solat sunat yang lain, maka dia boleh terus sahaja mengerjakan solat-solat tersebut dan tidak perlu mengulangi witirnya. Antara sandaran pendapat ini ialah:
عن أم سلمة أنه صلي الله عليه وسلم كان يركع ركعتين بعد الوتر وهو جالس
(رواه أحمد وأبو داود والترمذي وغيرهم)
Maksudnya: Daripada Ummu Salamah r.a, "Bahawa nabi saw pernah mengerjakan dua rakaat lagi sesudah witir dalam keadaan duduk. (riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dll)
Daripada hadis di atas jelas menunjukan boleh melakukan ibadat solat bagi mereka yang telah melakukan solat witir. Dia tidak perlu mengulangi solat witirnya berdasar hadis di bawah.
عن علي أنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: لا وتران في ليلة
(رواه أبو داود والنسائ والترمذي وحسنه)
Maksudnya: Daripada Ali r.a bahawa dia berkata: Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Tiada dua witir dalam satu malam". (riwayat Abu Daud, An-Nasaai, Tirmizi dan dia menganggapnya sebagai Hasan).
2) Pandangan yang kedua pula ialah dia perlu terlebih dahulu menggenapkan witir yang awal dan selepas itu barulah dia mengerjakan solat-solat sunat yang ingin dilakukan. Akhirnya dia menutup solatnya dengan witir yang baru. Antara sandaran kepada pendapat ini ialah hadis berikut:
Daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah telah bersabda: "Jadikanlah witir sebagai akhir sembahyangmu di malam hari". (riwayat Jamaah kecuali Ibnu Majah)
Sebagai kesimpulan, permasalahan ini berlaku khilaf di kalangan ulama. Setiap pandangan mempunyai hujah masing-masing dan kedapatan hujah-hujah lain yang tidak disebutkan di sini. Beramallah dengan mana-mana pandangan di atas dalam keadaan anda mengetahui sandaran dan hujahnya. Saya akhiri jawaban ini dengan membawa hadis nabi seperti berikut:
عن أبي مسعود الأنصاري رضي الله عنه قال: كان رسول الله صلي الله عليه وسلم يوتر أول الليل
وأوسطه وآخره (رواه أحمد بسند صحيح)
Maksudnya: Daripada Abi Mas'ud al-Ansori r.a bahawa dia telah berkata: Adalah Rasulullah saw telah melakukan solat witir di awal malam, di pertengahan malam dan juga di akhir malam. (riwayat Imam Ahmad dengan sanad yang sahih)
Sekian والله أعلم بالصواب
Rujukan:
1) Fiqh sunnah
2) Pelbagai

Tuesday, 17 July 2012

''Duhai Sahabat''







Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berdoalah kamu kepada Alla s.w.t dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa." (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Alban) Bilakah doa kita akan dimakbulkan?

Monday, 16 July 2012

''Dunia''

Assalamualaikum.








Sebuah hadis riwayat Al-Bukhari, daripada Ibn Umar r.a, ia telah berkata: “ ‘Jadilah kamu di dunia seperti seorang yang asing, atau (bahkan) seperti seorang pengembara

Friday, 8 June 2012

Hikmah SABAR menurut Islam




Di dalam surah al-Mulk, Allah menyatakan bahawa Dia menciptakan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah di kalangan manusia paling baik amalnya. Dalam hidup manusia menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah/kesusahan dan juga ujian dalam bentuk kesenangan/kemewahan.
Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musbah itu ada hikmah yang sangat besar. Nabi bersabda :- Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)
Mukmin Tulen Sentiasa Tabah Ciri seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w: Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim) Sabar adalah perkataan yang selalu kita ungkapkan.
Apabila ada musibah menimpa orang sekeliling kita, dengan mudah kita melafazkan, sabarlah. However, the real test comes when we ourselves are facing such time of trial. Baru ketika itu kita benar-benar menghayati first hand erti sabar yang sebenarnya.
Musibah dalam dalam pelbagai bentuk sama ada kehilangan harta, perceraian, menjadi mangsa fitnah, kematian dan sebagainya. Apa erti sebenar sabar? Bagaimana kita boleh memberi definisi yang tuntas terhadap sabar ini. Apakah tanda menunjukkan bahawa seorang itu benar-benar sabar menghadapi ujian itu? Persoalan-persoalan ini sebenarnya tidak mudah diungkapkan; sudah pastinya tidak semudah bila kita menasihatkan orang lain agar bersabar.
Abu Zakaria Ansari berkata, “Sabar merupakan kemampuan seseorang dalam mengendalikan dirinya terhadap sesuatu yang terjadi, baik yang disenanginya maupun yang dibencinya.” Abu Ali Daqaq mengatakan, “Hakikat sabar ialah keluar dari suatu bencana sebagaimana sebelum terjadi bencana itu.”
 Dan Imam al-Ghazali mengatakan, “Sabar ialah suatu kondisi jiwa yang terjadi karena dorongan ajaran agama dalam mengendalikan hawa nafsu.” Dengan demikian, sabar dapat bererti kosisten dalam melaksanakan semua perintah Allah dalam segala keadaan. Berani menghadapi kesulitan dan tabah dalam menghadapi cobaan selama dalam perjuangan untuk mencapai tujuan. Karena itu, sabar erat hubungannya dengan pengendalian diri, sikap, dan emosi. Apabila seseorang telah mampu mengawal mengendalikan nafsunya, maka sikap/sifat sabar akan tercipta.
Selanjutnya, sabar juga bererti teguh hati tanpa mengeluh, saat ditimpa bencana. Jadi yang dimaksud dengan sabar menurut pengertian Islam ialah rela menerima sesuatu yang tidak disenangi dengan rasa ikhlas serta berserah diri kepada Allah. Dan dapat pula dikatakan bahwa secara umum sabar itu ialah kemampuan atau daya tahan manusia menguasai sifat destruktif yang terdapat dalam tubuh setiap orang. Jadi, sabar itu mengandungi unsur perjuangan tidak menyerah dan menerima begitu saja.






Sabar itu membentuk jiwa manusia menjadi kuat dan teguh tatkala menghadapi bencana (musibah). Jiwanya tidak bergoncang, tidak gelisah, tidak panik, tidak hilang keseimbangan, tidak berubah pendirian. Tak ubahnya laksana batu karang di tengah lautan yang tidak bergeser sedikit pun tatkala dipukul ombak dan gelombang yang bergulung-gulung. Sifat sabar itu hanya dikurniakan Tuhan kepada manusia, tidak kepada makhluk yang lain. Sebab, di samping manusia mempunyai hawa nafsu, ia juga dianugerahi akal untuk mengendalikan hawa nafsu itu supaya jangan sampai merosak atau merugikan.
Add caption
Sedang makhluk haiwani hanya diperlengkapi dengan hawa nafsu, tidak mempunyai akal. Oleh sebab itu ia tidak mampu bersikap sabar. Malaikat juga tidak memerlukan sifat sabar, karena ia tidak memiliki hawa nafsu. Sirah para anbiya’, ulama kaya dengan kisah-kisah kesabaran insan-insan pilihan Allah (seperti kisah yang diketahui ramai tentang ketabahan nabi Ayyub a.s. tabah menghadapi pelbagai ujian). Bagaimanapun, bagi orang-orang awam (kebanyakan) bilakh kita mengetahui bahawa kita telah mampu dengan izin Allah bersabar menghadapi ujian yang besar.
Seorang alim ditanyakan apakah tanda-tanda bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesabaran yang tinggi jawab beliau: apabila hamba Allah tersebut telah sampai ke satu tahap di saat hebatnya musibah di mana kebanyakan orang akan cenderung untuk berkata mampukah lagi aku bersabar? Namun biarpun di saat yang getir sedemikian dia masih mampu reda dan sabar, maka itulah satu tanda dia mencapai tahap kesabaran yang tinggi.
Sama-samalah kita berdoa agar Allah mengurniakan kita dengan sifat yang amat sinonim dengan Mukmin sejati ini, yang begitu mudah dilafazkan lisan namun tidak enteng diterjemahkan dalam kehidupan di saat musibah melanda. Wallahu ‘a’lam