Thursday, 31 May 2012
Wednesday, 30 May 2012
Cinta..Hummm
gambar hiasan
Assalamu’alaikum w.b.t dan salam setanggi mahabbah. Apa khabar saudara/I hari ini? Huh? Sihat? Alhamdulillah, gembira ana mendengarnya. Huh? Apa? Ana dengar ada yang tidak berapa sihatlah. Bagi yang tidak berapa sihat, ana harap antum bersabar dan tabah menghadapinya. Gembiralah atas ujian yang Allah S.W.T berikan kepada kita, itu bertujuan untuk menghapus dosa dan menaikan darjat saudara/i.
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
Ish, panjang pulak, Ok apa tajuk entri untuk hari ini? Eh, macam biasalah, di ataskan sudah tertera tajuknya. Eh, malulah nak berkata tentang cinta ni, malunyee… Mesti antum pun malu nak berkata tentang cinta, kan? Haa, tengok tu muka dia dah merah, malulah tu… Ops, maaf, maaf, bergurau je, harap tiada yang tersinggung. Nah, berkata tentang cinta, pelbagai tafsiran dan anggapan yang hinggap serta bermain dalam fikiran kita kan? Ada pada saudaranya, suaminya, ibu bapanya, tunangnya, isterinya dan banyak lagi. Hari ana nak berkongsi tentang cinta, boleh tak? Boleh? Ok, terima kasih.
Cinta, tiada seorang hamba pun yang tiada rasa cinta dalam dirinya. Jika ditanya, akan mereka berkata melalui apa yang mereka lalui serta rasai dan begitulah ana yang juga tidak terlepas daripada perasaan itu. Siapalah ana untuk menolak fitrah yang suci ini. Terkadang ia menebal dan terkadang ia meluntur dalam diri ini. Cinta itu suatu yang mendatangkan kebahagian dalam hati sang pencinta, yang menghapus duka dan mendamaikan jiwa yang sedang gelisah. Ia mengisi kekosongan jiwa yang keseorangan dan memenuhi lorong-lorong hati yang sunyi. Keindahannya menghiasi setiap liku-liku perjalanan sang musafir, relanya menempuh ujian dan rintangan. Mengapa? Demi yang dicintai. Hatinya hangat dipanaskan oleh kehangatan cinta, dan hilangnya api permusuhan kerana kesejukan sentuhan cinta. Takut untuk kehilangannya dan risau akan perginya, resah melanda akan ketidakhadirannya dan rindu menyapa tatkala berjauhan, itulah cinta. Eh… Berfalsafah pula, macam doctor cinta pun ade juga, ish, ish, maafkan ana, syok sendiri pula.
Cinta? Indah didengar, tetapi jangan disalah tafsir akan maksudnya. Hakikatnya cinta adalah pada ILAHI. Indahnya cinta andai pada jalan menujuNYA, siapa? Pada Rasulullah s.a.w. Damainya cinta andai diasaskan dengan cinta kepada Allah S.W.T. Cinta pada dunia, kelak ia akan pergi. Namun begitu, masih juga ada yang tersasar dan tersalah tafsir akan cinta. Mencintai sesuatu yang tidak selayaknya, malahan hingga sanggup agama tergadai. Cinta pada teman wanita/lelaki hingga lupa mana satu perintah dan mana satu larangan dan berberbagai-bagai kesalahan kita dalam mentafsir serta kefahaman tentang erti cinta. Teman, bukankah ia satu pembaziran cinta? Cinta yang tidak diasaskan pada ILAHI. Hmm… HAH?! Dalam cinta pun ada pembaziran juga? Ya, betul, sesuatu yang tidak digunakan dengan betul atau semanfaatnya dikira membazir.
Firman Allah S.W.T:
Artinya : “Janganlah kalian berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan"
[Al-An'am : 141]
Nah, teman-teman, Allah S.W.T. tidak melarang kita untuk bercinta atau berkasih sayang, tetapi biarlah ia sesuai pada tahapnya. Cinta yang berasaskan nafsu itu cinta yang hina, ia dipandu oleh nafsu hasil hasutan syaitan. Takutlah dengan cinta jenis ini , tiada kebaikan cinta begini, yang ada hanya keburukan. Cinta pada sesuatu atau pada seseorang kerana Allah S.W.T. dan bencilah sesuatu perkara juga kerana Allah S.W.T.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Paling kuat tali hubungan keimanan ialah cinta karena Allah dan benci karena Allah”.
(HR. Ath-Thabrani)
“Susahlah nak buat”, Memang betul, tetapi kita boleh cuba buat sedikit demi sedikit secara berterusan dengan kata lain Istiqomah.
Eh, awak ni tidak pernah bercinta ke? MasyaAllah (nak jawab ke macam mana ni… Soalan bahaya ni ). Ana tidak pernah bercinta, tetapi ana mengaku yang ana mungkin ada berkenan pada seseorang, tetapi ada sesuatu yang menyapa ana. “Adakah engkau bersedia untuk bercinta atau mencintai seseorang dan sesuatu selagi cintamu pada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W melebihi segala-galanya?” Hati mana yang tidak terketuk tatkala hadir lontasan itu. Bukan ana ana tidak mahu bercinta atau menolak cinta seseorang, tapi anan tidak mahu ia dipandu oleh nafsu. Biarlah ia kerana Allah S.W.T. Pernah oleh seorang sahabat,
“mad, kau ade tak berkenan kat seseorang?”.
(Ya Allah, macam mana nak jawab ni?) “Ya, memang ada suka pada seseorang, tetapi tidak berharap dan hanya sekadarnya. Lebih-lebih lagi tidak mahu lalai disebabkan perasaan pada ‘si dia’ dan tidak pula mahu melayan perasaan itu. Ana masih sedar lagi mana satu priority dan mana satu yang ana perlu lakukan buat masa ini”. Jawab ana pada soalannya.
Ish, merah muka nak jawab soalan sahabat ana yang sorang ni. Banyak soalan yang ditanya, walaubagaimanapun kena berterus-terang pada sahabat ana. Sebelum sahabat ana Tanya lebih banyak soalan tentang ‘si dia’, ana cepat-cepat tukar tajuk. Heee…(^_^) mengelak. Bukan apa teman-teman, takut dilayan perasaan cinta atau rindu yang tiada ikatan yang halal. Tak tahulah mana nak tutup muka ketika ditanya soalan begitu. Mujur je tak tutup muka dengan bantal kat sebelah masa tu. Berpeluh menjawab soalan sahabat ana ni. Sebenarnya banyak soalan yang ditanya tapi ana hanya masukan salah satu sahaja dalam entri ana ini ye. Kenape? Ish, malulah nak letak soalan yang lain.
Nah, teman-teman, cinta itu bukan suatu cara atau jalan yang menghalalkan sesuatu yang memang haram. Cinta itu adalah mekanisme yang menjadikan hubungan dua sahabat lebih rapat, menghapuskan pertengkaran dalam rumah tangga dan menghapuskan permusuahan dalam Negara. Andai semuanya berasaskan kerana Allah S.W.T. Jadi, cintailah sesuatu itu kerana Allah S.W.T.
Ana rasa cukuplah sekadar disini perkongsian ana yang tidak seberapa ini. Sekiranya ada tersalah dalam berbahasa dan menulis dalam entri ini, ana minta maaf dan harap ditegur. Minta maaf juga sekiranya ana menyinggung antum sepanjang ana menulis. Tiada niat untuk menyinggung antum, hanya sekadar berkongsi apa yang dilalui dalam nafas yang terhela. Sungguhpun begitu, inilah ana seorang hamba yang banyak kelemahannya yang hakikatnya memerlukan tunjuk ajar dari yang arif dalam sesuatu bidang. Wallahu’alam.
Cinta itu suatu yang misteri,
Hadirnya ia mengisi kekosongan hati,
Jiwa yang dahulunya sunyi,
Kini riuh dengan yang dicintai,
Namun tahukah apa ertinya?
Bukan menghalalkan yang diharamkan oleh-NYA,
Hakikatnya cinta itu pada ILAHI jua,
Penyejuk jiwa penawar hati sunyi,
Hakikatnya ia adalah suci,
Pemanis hati jiwa yang murni,
Pembakar semangat juang,
Penghapus gentar sang pejuang,
Tatkala ia menyapa,
Damai dihati terasa,
Tatkala ia pergi,
Resah gelisah menyapa diri,
Hinanya cinta andai tersilap,
Sinarnya kelam lagi gelap,
Hina kerana dicemari,
Tercemar dek nafsu diri,
Sinarilah cinta dengan Iman,
Penuhilah ia dengan kesucian,
Jangan dibiar ia dikotori,
Kelak bahaya melanda diri,
Bukan maksud untuk menyinggung,
Sekadar menyatakan bimbang,
Bukan pula untuk bermusuhan,
Tetapi untuk merapatkan ukhuwah,
Peringatan Allah Ketika Lupa
gambar hiasan
Assalamu’alaikum w.b.t dan salam setanggi ukhuwwah.Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjat kepada Allah S.W.T kerana limpah dan kurnia-Nya masih lagi ana dapat menggerakkan jari ana untuk berkongsi dengan antum, hakikatnya DIA jua yang menggerakkan jari ana, tidak terdaya ana untuk menggerakkan atau melakukan sesuatu perkara tanpa izin-Nya. Dan kerana Rahmat dan Kasih sayang-Nya jualah ana masih lagi dapat melihat kebesaran-Nya, serta menghirup dan menghembus udara milik-Nya, dimana hakikat yang sebenar adalah segala-galanya adalah milik Allah S.W.T. Jangan lupa nikmat Allah yang paling besar kepada kita iaitu nikmat Iman dan Islam. hmm, apa agaknya ana nak kongsikan ye? InsyaAllah, berkongsi tentang datang-Nya peringatan Allah ketika Lupa…
Alhamdulillah saudara/I ku tersayang, apa yang ana nak berkongsi tidaklah sehebat para penglipur lara dan tidak pula sehebat para ilmuan. Tetapi apa yang nak kongsikan adalah tidak lebih dari coretan dan sebagai peringatan buat diri dan yang membaca, pada hakikatnya ana juga seorang pembaca.
Kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, tetapi Allah memberi kita aqal untuk berfikir dengan penuh hikmah dan kritis agar memilih jalan atau pilihan yang baik dan memberi manfaat pada diri serta masyarakat. Dalam setiap pilihan kita itu tersirat ujian atau kesan yang menuntut kesabaran dan ketabahan serta sangkaan yang baik pada Sang Pencipta. Kenapa? Bila kita membuat keputusan dan ia tepat dan manfaatnya pada diri serta masyarakat, yang mungkin hadir adalah sifat riak, takbur dan bongkak. Dari ini, kita tahu ujian pada diri kita adalah untuk menangkis sifat-sifat itu agar tidak hadir dalam hati kita. Seterusnya, apabila keputusan kita itu tersilap atau tidak berhasil setelah kita berfikir dan rancang dengan penuh teliti, dan ia tidak berhasil, malah musibah pula yang melanda, jangan gusar teman, untuk ini ketabahan, kesabaran dan sangka baik atas ujian dari Allah. Allah nak mengingatkan kita bahawa, perancangkan kita belum cukup teliti, mungkin juga keputusan yang kita nak lakukan itu berat sebelah dan mungkin juga selepas kita membuat keputusan kita lupa untuk memohon agar Allah s.w.t permudahkan segala perancangkan kita. kita tidak tahu apa akan berlaku disebalik apa yang kita bakal buat. Samada kita suka atau tidak, ketahuilah Allah lebih mengetahui daripada kita, ALLAH itu MAHA MENGETAHUI.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“…. dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah: 216)
Saudara ketika kita lalai atau leka, aka nada teguran atau peringatan Allah kepada kita. usah kita lihat pada orang lain. Kita lihat pada diri kita sendiri, terkadang datang teguran Allah S.W.T kepada diri kita ketika diri lalai atau leka dengan dunia. Usah diperkatakan orang lain, ana sendiri yang banyaknya lalai serta leka siapakah ana didunia ini juga diberi peringatan dan teguran dari Allah S.W.T dengan ujian dan sedikit kesakitan pada badan. Pernah suatu hari ana banyak leka dan lalai dari mengingati Allah, setelah tidak beberapa lama dari itu ana terhantuk batang paip. Cuba teka apa yang terucap dari mulut? Ya Allah terucap dari mulut secara tidak langsung. Tersentak hati tatkala mendengarnya, bertapa hinanya diri apabila lalai dan leka daripada mengingati Allah. Nah, lihat Allah mendatangkan musibah pada kita bukanlah untuk menganiaya diri kita tapi untuk memberi peringatan pada diri kita atas setiap tindakan kita. kita sepatutnya bersyukur apabila Allah menduga atau menguji kita, bukan mengeluh.
Pernahkan ketika kita berada di sesuatu tempat dan kita lalai dari mengingati Allah, dan pada masa itulah datangnya peringatan dari Allah kan? Jadi apa reaksi kita? Takut? Frust? Marah? Sabar dan Tabah? Tidak dapat terima kenyataan? Hmm.. Terimalah dengan penuh yakin bahawa musibah yang hadir adalah peringatan daripada Allah, jangan mengeluh, tidak baik untuk hati dan iman. Sebahagian daripada kita akan sedar apabila musibah menimpa dirinya, dan ada sebahagian yang akan sedar apabila ada musibah menimpa sesuatu tempat atau seseorang. Dan lebih buruk lagi ada yang tidak sedar-sedar akan maksud Allah turunkan musibah atau ujian pada hamba-hamba-Nya, malah masih ada yang binggung akan musibah yang melanda mereka serta ada juga yang berfikir negatif terhadapNya. Na’uzbillah min zalik. Allah datangkan untuk kita ujian agar bertaqwa serta bertambah yakin kita kepada-Nya bahawa kita manusia tidak terdaya melakukan apa-apa pun tanpa Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Dia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
(Ar-Rum: 37)
Teman-temanku sayang, Ana minta maaf kerana tidak dapat nak berkongsi banyak dengan antum, ana tidak banyak ilmu seperti Ibnu Atha’illah yang penuh dengan kata-kata hikmah dan tidak pula sehebat Imam Al-Ghazali yang banyak tahu tentang hati. Siapa ana jika dibandingkan dengan mereka, mereka telahpun mendakap cinta Allah, sedangkan diri ini masih merangkak dan masih meraba-raba mencari cinta Allah.
Andai ada bahasa yang kasar, serta isi yang tidak tepat dalam posting ini ana minta maaf banyak-banyak dan silalah tegur ana. Maaf juga atas posting ana yang kurang menarik buat kali ini. Ana tinggalkan sedikit pesanan untuk diri, harap antum tidak kisah…
Duhai diri.
Jaga hati, jaga diri,
Jaga iman, jaga peribadi,
Jaga akhlak, jaga lisanmu,
Jaga agamamu, Ingat Allah selalu.
Sedikit kata ibnu Atha’illah
“Apabila engkau mengetahui bahawa syaitan itu tiada akan lalai daripada dirimu, maka janganlah pula engkau lalai daripada Dia (yakni hendaklah engkau berlindung diri daripada segala kejahatan syaitan itu dengan engkau sentiasa ingat dan sentiasa berserah diri kepada AllÁh) yang ubun-ubunmu adalah di dalam tanganNya (yakni ia berada di dalam kekuasaanNya).”
Al-Hikam: Atha’illah (236)
Wallahu’alam….
Renungan Bersama
gambar hiasan
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan
kemaksiatannya.
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia didalam kemarahan.
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Kenalilah Diri kamu Sebetul-betulnya Nescaya Engkau Akan Mengenali Tuhan Yang Amat Nyata .....
Orang yang mempunyai rumah yang sempit orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Kenalilah Diri kamu Sebetul-betulnya Nescaya Engkau Akan Mengenali Tuhan Yang Amat Nyata .....
Maafkan Aku Whai Teman
gambar hiasan
Assalamu’alaikum w.b.t, salam ukhuwwah setanggi ukhuwwah setinggi uhud. Semoga antum semua dalam keadaan yang sihat sejahtera samada fizikal mahupun batinnya dan terutamanya hati. Pertama-tama dan selamanya, marilah kita merafakkan kesyukuran kita yang tidak terhingga atas nikmat yang amat besar yang telah dikurniakan sebagai seorang islam, yakni nikmat islam dan iman. Inilah yang paling berharga dalam hidup seseorang yang bergelar muslim. Namun pun begitu, hati itu tidak diabaikan, kerana hati itu umpama enjin bagi insan yang bergelar manusia. Kenapa? Enjin kalau dah rosak, bolehkah ia menggerakan sesebuah kenderaan? Tak bolehkan? Haa, sebab itulah hati mesti diambil berat akan kesuciannya. Baiklah cukuplah sekadar ini pembuka bicaranya. Kita berpindah pula pada perkongsian kita pada kali ini ye. Untuk kali ini sekadar luahan hati yang mengarahkan jari jemari untuk menari diatas papan kekunci.
Saudara/i, ana bukan mahu mementingkan diri tapi sekadar berkongsi apa yang ana rasa dan lalui. Sudah sekian lama hati ini berdiam tanpa pengkhabaran, sungguh lemah diriku ini kerana mudah sungguh untuk jatuh dan rebah pada ujian. Maafkan ana duhai shabatku, bukanku mahu begitu, tetapi mahu mengumpul segenap kekuatan untuk bangun semula dari tersungkur. Ana tidak sekuat antum yang terus bangun semula tatkala jatuh, ana memerlukan masa untuk mengumpul kekuatan seperti mana sebuah pokok memerlukan masa untuk membina akar yang kuat agar tidak mudah untuk tumbang dipukul angin yang kencang. Maafkan ana ye, ana memang suka gunakan pokok sebagai contoh dalam perkongsian ana, kamu kalu tak suka jangan sibuk yee.. Maaf sekadar gurauan. Bila sudah terkumpulnya kekuatan, insyaAllah dapat bangun semula dari jatuh.
Teman, Ana berasakan diri ini penuh dengan dosa dan noda, maafkan ana duhai teman kerana diriku terlalu banyak berdiam, ini kerana hatiku kelam, hatiku resah, resah mengenangkan dosa-dosa yang menerjah ke ruang fikiran. Memikirkan pengakhiranku kelak diatas dosa-dosa yang telah diriku lakukan sepanjang hidupku ini, diriku merasakan diriku ini terlalu jauh terpesong dan melencong dari jalan yang Allah telah tetapkan kepada hamba-hambaNya, iaitu jalan yang lurus dan jalan kebenaran. Sebagai seorang islam kita perlulah berpegang teguh pada agama yang kita anuti, kerana bila kita memelihara islam dalam diri kita beerti kita memelihara aqidah serta iman kita.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan barang siapa yang berpegang teguh dengan (agama) Allah maka sesungguhnya dia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus"
(Ali-‘Imran: 101)
Sahabat yang ana kasihi sekalian, ana seorang hamba yang lemah tidak terlepas melakukan kejahatan dan dosa, tatkala ujian bertamu, adakalanya menang dan adakalanya kalah, untuk itu taubat itu penting buat ana. Diriku mencari keampunan dari Allah di atas segala kekhilafan yang telah ana lakukan selama diriku hidup, kerna ana tahu hidupku sudah tidak lama. Namun begitu, ini bukan suatu alasan untuk diriku kalah pada ujian yang datang bertamu kerana usia yang masih tersisa ini perlu di manfaatkan dengan sebaik-baik mungkin. Apa yang ada pada kita sekarang adalah apa yang kita perlu digunakan untuk mengapai redha Allah S.W.T.. Ana malu, malu pada Allah S.W.T, dah banyak dosa-dosa yang ana lakukan, tetapi Allah masih lagi memberi ana peluang untuk hidup, untuk melihat kebesaranNYA, berpijak di bumi milikNYA. Jika dihitung dosa-dosaku, terasa bagaikan diri ini tidak layak langsung untuk hidup di bumi milikmu ini Ya Allah. Ana sedar kenapa Allah masih lagi memberi peluang untuk ana hidup, Allah mahu ana perbaiki diri, bersihkan hati, taati perintahNYA dan ikuti suruhan kekasihNYA.
Ana rasa cukuplah sampai disini perkongsian buat kali ini, sekiranya ada salah silap atau terkasar bahasa dalam perkongsian ana ini, harap dimaafkan dan ditegur. Segala kesalahan ana membuktikan adalah bahawa ana ini seorang hamba yang memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan dari mereka-mereka yang lebih arif tentang kehidupan dari diri ana. Dan yang paling penting ana memerlukan pertolongan dan kekuatan dari Allah S.W.T, kerana DIA-lah yang memiliki segala-galanya sedangkan kita hanya meminjam dan menumpang. Tiada yang kita miliki melainkan semuanya milik Al-Khaliq. Andai ada hayat, insyaAllah kita berjumpa di perkongsian yg akan datang. Jaga Iman, Jaga Hati, jaga diri, yang penting ingat Allah selalu.
LUPAKAN MASA LALU
lupakan masa lalu.
ambil positif pada setiap apa yg berlaku.
fokuskan apa yg ada dihadapanmu.
belajarlah setiap langkah menghadapi sesuatu,
walaupun engkau tidak pernah tahu.
dari semuanya itu engkau akan tahu apa maksud setiap kejadian yg berlaku.
perubahan fizikal dapat dilihat melalui caranya berfikir dalam meneliti setiap sudut mengenai Dunia & Akhirat.
Tuesday, 29 May 2012
Antara cita dan cinta
selamat semua,,kalau aku tanya pendapat korang mana nak pilih antara cinta dan airmata cita-cita,,bak bait2 lagu (ceceh,,) adam lambert dan farah brip brip,,kita tak tau antara dua
pilihan yang nyata
sebelah hati inginkan cinta
sebelah lagi inginkan cita
agar HATI membimbing kita
tak tau antara dua..
haaa,,,nilah masalahnya kalau biar HATI membimbing kita,,confirm2 lah HATI pilih cinta,,sebab HATI ni memilih ikut perasaan yang membara la!,,cinta tu selalu dikaitkan dengan HATI, bentuk love (yang kembang dua atas tapi tirus kat bawah tu,,heran tak senget pulak ek), samada HATI pilih kekasih dia, cinta ataupun HATI jadi konpius macam lagu kat atas tu,,eee
tanyalah AKAL,,dia boleh timbang yang baik dan buruk,,adakah cinta itu perlu di waktu ini,,di waktu aku memanjang keje, sampai kena pakai spek tebal sebab rabun dan mata merah macam penagih, eyeback macam spesis panda, terkebil2 mengadap skrin laptop 24 jam-7hari, makan minum hanya magie dan kuahnya sajer,,
yes! aku perlu teman,,aku perlu cinta!,,supaya hidup aku bermakna,,
balik rumah ada isteri tolong masakkan,dodoikan,kemaskan,hiburkan doakan,
balik kerja ada suami tempat berleter,tempat menangis,tempat mengadu,tempat bersandar,,
haa! tapi kalau itu aku dah kerja,,dah ada gaji? kalau kerja aku masih wat homework assigment cikgu bagi?
jangan nak mengada akal kata aku harus pilih cinta,,cita-cita aku dapat dulu,,reach up for the sunrise,,put your,,lalala,,kalau tak, nak bagi apa kat parents aku? nak bagi makan apa anak dara orang? defeat pakai apa nak dapat limited job now?
inilah gunanya akal,,buat kita fikir dan mencari apa yang terbaik,,owh,,jangan kata hati tak penting ya,,kerana hati tulah yang menentukan pilihan itu betul atau tidak.(kes aku kahwin di waktu study tu dengan pertolongan AKAL dan HATI la ^_^)
kebajikan itu adalah pada kelakuan akhlak,manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah di hatimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya. (H.R.muslim)
p/s: DOA pun penting juga tau,,hihihi,,kena tawakal juga kan =
Monday, 28 May 2012
Andai Rasulullah Melihat Aku Ber'Facebook'
Assalamualaikum. Saya cuma nak kongsi sedikit perkongsian daripada usrah tadi. Tajuknya 'Andai Rasulullah s.a.w Melihat Aku Berfacebook'. Apa yang anda nampak bila dengar tajuk tu?
Seperti yang kita tahu, setiap sesuatu ada 'pro and cons'nya kan? Apa kebaikan facebook and apa pula keburukannya ?
Kawan usrah cakap facebook ni dapat menambah kenalan. Ada jugak yang cakap "disebabkan kita friend dengan bermacam umur manusia,so sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang berlaku. Contohnya di universiti. Kira dapat info sikit pasal U." Hah, ada jugak yang jawab, facebook ni boleh jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap Islam. Dan dia cerita pengalaman dia ber'chatting' dengan seorang kristian.
Muslimah Dan Facebook
Nampak tak sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan melalui tajuk tu?
Ok, begini ya anak-anak. Kalaulah kan, seandainya Rasulullah s.a.w masih ada, bersama kita, melihat kita.. agak-agak macam mana? Apalagi bila Baginda tengok kita muslimah ni dengan apa yang kita buat. Peringatan, BILA KITA BERFACEBOO, Agak-agak kena puji atau kena tegur?
Sebelum tu kena check dulu. Apa yang kita buat dengan facebook kita. Bermanfaat untuk orang lain atau tak? Dedah aurat tak kat facebook? Kalau dah tutup aurat pun, masih berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki? Chatting yang tak penting? Gambar tayang sesuka hati? Ada tak gambar yang spesis menggoda gitu. Cuba check!
Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita ber 'facebook' ni, agak-agak kena puji tak? Masa nak berfacebook tu, apa rujukan anda? Siapa sasaran status anda? Banyak jenis orang di facebook ni. Ada yang buat facebook macam diari.
"Facebook aku, suka hati aku la nak post apa pun!"
Kemudian, yang sedihnya bila golongan muslimah, yang faham pengertian ikhtilat, yang faham apa yang wajib dia faham, pun ter'jerumus' dalam the bad side of Facebook. The bad side of Facebook? Muslimah? macam mana tu? Begini..
Bagaiman syaitan menghias maksiat, kaburkan pandangan kita. Yang buruk tu nampak macam baik. Faham kan?
Contoh mudah. Kita couple. Couple islamik la kononnya. Datang istilah dari mana pun tak tau la.
"Kita tak pernah jumpa pun dengan boyfriend kita. Mesej-mesej je. Tu pun sebulan dua kali. Mesej yang elok-elok je la. Kejut tahajud, subuh, bagi nasihat dan tazkirah. Kita saling mencintai kerana Allah. Apa tu orang kata, ukhuwwahfillah? Ha, ye la tu. Tak dosa. Kami tahu syariat sebab tu tak couple macam orang lain. Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina. Kami ingat dosa lagi tau."
Betul ke ni?
Contoh dalam facebook. Kita post status dengan genre Islamik, Kemudian ada la rijal mari bertandang,
"Bagusla enti ni. Post status yang bermanfaat untuk semua. Kalau enti masuk ustazah pilihan confirm menang ni."
"Eh, takdelah. Biasa-biasa je. Enta tu lagi hebat. Post hadith memanjang. Kalau masuk Imam Muda, mesti kalah semua orang."
Nampak?
Hmm, Kasihan muslimin. Dipersalah terus menerus. Saudari, jangan salah faham. Bukan saya nak back up pakatan axis Y ni. Tapi kadang-kadang ada sesetengah perkara tu salah kita sebenarnya.
Seterusnya, post status cinta. Semua status dia tu bertemakan cinta. Cinta islamik popular sekarang ni kat facebook kan? Banyak page-page cinta islamik.
Malah, Buka sahaja facebook. Dekat home tu boleh dikatakan separuh atau lebih yang bercerita soal cinta. Termasuk saya, kadang-kadang.
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu."
Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh.
"Aku menunggumu kerana Allah."
Remaja, Jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da'ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.
Jangan salah faham. Bukan nak cakap benda ni salah. Baguslah sebenarnya kalau cinta berlandaskan iman. Tapi takkan itu sahaja yang kita fikir? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni. Subhanallah. Musuh islam pun gerun tengok kita.
Ada jugak yang spesis 'aku like kau, kau like aku'. Tiap-tiap status dia like. Macam pelik je, status yang tak menarik pun di 'like'. Ni like status ke like tuan status? Status sesama gender tu kurang pula dia nak like. Status yang different gender tu juga dia nak like. Apa tuh orang kata, macam magnet. Kan? Kalau North sama North, dia tolak. North dengan South baru boleh tertarik. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun tak apala. Magnet tak kenal halal haram. Tapi yang kita ni. Sepatutnya dah terlebih faham kan.
Lagi satu, pasal gambar. Kalau boleh tak perlu la nak upload gambar yang jelas terang-terangan sampai nampak segala jerawat. Muslimah, Walaupun awak tutup aurat dengan sempurna sekalipun, jangan jadikan perkara itu sebagai lesen untuk awak upload gambar sesuka hati. Kita tak tau hati orang. Kita tak tau apa yang orang pakatan axis Y tu fikir . Jadi jagalah perlakuan kita, mahalkanlah mahar maruah kita.
Kemudian, untuk kamu yang berniqab. Walaupun hanya nampak mata sahaja, janganlah kamu ambil gambar yang agak 'melampau'. Bimbang nanti terpesong niat pula. Moga dijauhkan. Kita berniqob kerana Allah. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni. Jadi, rasanya tak perlu untuk kita letak gambar berniqob yang agak jelas. Gambar individual, kalau ramai-ramai lain cerita. Masalahnya gambar yang shooting dekat. Jelas keindahan mata yang mempesonakan. (Sila jangan marah ya, saya pun niqobi jugak :D )
Cinta Songsang Semakin Songsang
Daripada http://saifulislam.com/?p=370Artikel di bawah telah saya tulis lebih setahun yang lalu.Dalam setahun kebelakangan ini, saya menerima permintaan daripada beberapa orang remaja yang memohon pertolongan. Ada yang bersemuka, ada juga secara maya. Permintaan ini datang dari suara insan yang jauh terbuang di dalam lubang yang dalam, memanggil saya untuk menolong mereka keluar, dari dunia gelap cinta seorang lelaki terhadap seorang lelaki, cinta songsang yang menyeksa si empunya diri.
Hampir ada sahaja di dalam inbox saya, email yang dihantar oleh pembaca, meminta bantuan daripada saya untuk menangani masalah CINTA SONGSANG, sama ada oleh tuan empunya diri, atau teman kenalannya. Tinggi rasa khuatir, namun rugi jika saya mengulang nasihat untuk masalah yang sama. Justeru saya hadirkan kembali artikel ini ke muka hadapan Saifulislam.Com untuk beberapa hari mendatang, bagi renungan dan manfaat kita bersama. Wallahu al-Musta’aan…
Ini bukan kisah golongan pondan, bukan golongan yang bergaul bebas dan hidup bergelumang dosa. Mereka adalah remaja yang baik, pada akhlak dan ibadah… namun dibelenggu dosa perasaan yang tersembunyi.
Bagi remaja yang telah kalah dengan perasaan itu, dan terjebak dengan perbuatan keji di sisi agama, saya tidak dapat berkata apa-apa… hanya kepada Allah jua saya pohonkan agar mereka ini bertemu cahaya di hujung jalan songsang yang mereka susuri itu. Namun yang ingin saya bincangkan di sini, adalah remaja yang baik, yang bersih, tetapi terperangkap dalam dunia yang cukup misteri ini… sebagai mangsa keadaan.
Mengapa saya katakan demikian? Hasil perkongsian cerita… boleh dikatakan setiap seorang dari lelaki pencinta lelaki ini, pernah menempuh pengalaman hidup yang hitam.
LATAR BELAKANG YANG MENJADI BEBAN HIDUP
Ada di antara mereka menjadi mangsa kecenderungan ibu bapa, yang menginginkan anak perempuan sehingga beliau dilayan seperti imaginasi si ibu dan bapa, lantas naluri yang dibentuk menjadi songsang, atas kesilapan ibu bapa. Mereka yang dari kumpulan ini, lazimnya turut berpewatakan lembut kesan persekitaran yang disentuh ke atas mereka.
Manakala sebahagian yang lain pula, pernah menjadi mangsa kepada perlakuan songsang pada usia awal remaja, dicemar oleh nafsu rakus mana-mana lelaki yang ada di sekeliling mereka… hingga akhirnya kanak-kanak ini membesar dengan membawa catatan hitam itu kepada sebuah dunia keremajaan dan kedewasaan yang mengelirukan.
Beberapa individu yang saya temui dari kumpulan kedua ini, mempunyai penampilan yang sempurna sebagai seorang lelaki, namun mereka menanggung kejanggalan naluri sebagai rahsia yang memakan diri.
Sukar untuk saya membantu, kerana kecelaruan ini bukan kecelaruan ilmu. Ia juga bukan kecelaruan emosi, tetapi kecelaruan identiti. Identiti adalah suatu rangkuman dimensi dalaman manusia yang terbentuk hasil dari pelbagai aspek kehidupan. Mengungkaikannya memerlukan kekuatan semangat dan kembali berbaik sangka kepada Allah terhadap potensi diri untuk pulih… dari satu peringkat ke satu peringkat.
Mungkin ada yang secara spontan menghukum golongan ini, namun saya sebagai seorang pendakwah tidak mampu untuk berbuat demikian. Membantu, sentiasa lebih utama untuk difikirkan. Siapalah saya untuk menilai dan menghukum, kerana penilaian saya juga akan dinilai oleh Maha Penilai di sana, dan Maha Menghukum atas keculasan saya tidak membantu sesama saudara.
Apatah lagi, mereka yang saya temui ini mempunyai syakhsiah yang baik. Mereka adalah remaja yang taat kepada Allah pada ibadah dan akhlak, tetapi mereka terseksa kerana menanggung ‘dosa perasaan’ lantaran kecenderungan diri yang ganjil itu. Malah saya hargai kepercayaan yang mereka berikan apabila tampil meminta pertolongan dari saya, walaupun tidak banyak yang dapat saya lakukan, selain sokongan nasihat dan keyakinan diri.
Menghadapi golongan ini, tidak boleh disamakan dengan pendekatan kita terhadap isu homoseksualiti. Nyatanya, kebanyakan artikel yang saya temui, mengecam homoseksualiti dengan sokongan keterangan al-Quran dan al-Hadith. Saya yakin, remaja yang datang bertemu dengan saya amat sedar akan hal ini. Kerana itulah mereka tidak berzina sejenis, mereka tidak bergaul bebas. Mereka datang meminta bantuan atas rasa bersalah yang tinggi terhadap naluri yang menyalahi iman itu. Maka mereka memerlukan nasihat, panduan dan sokongan. Bukan kecaman.
Kerana itu, saya lebih simpati, berbanding marah atau terkilan, kerana mereka tetap berada di dalam status mangsa, selagi mana perasaan itu tidak dimaterialisasikan pada maksiat fizikal zina, liwat dan yang seumpama dengannya.
Saya cuba menyelami masalah mereka, dan nyatanya mereka adalah golongan yang sangat kesunyian dan sepi. Mereka hidup dalam kesunyian, bukan kerana kosong dari kehidupan berkawan dan berakan taulan. Sunyi itu datang kerana mereka sering memikul diri lari jauh dari semua orang di sekitar mereka, bersama rahsia yang terlalu berat untuk jatuh ke pengetahuan manusia. Mereka ini adalah manusia yang bersembunyi di tengah ramai.
SEKADAR NASIHAT
Nasihat pertama saya kepada remaja seperti ini, adalah untuk terus bertahan dari mendekati liwat dan cabang-cabangnya. Sebagaimana lelaki mukmin perlu menjauhkan dirinya dari zina, maka lelaki dari kumpulan ini juga mesti menjauhkan diri mereka dari zina sejenis, kerana kedua-duanya adalah kekalahan seorang manusia kepada hawa nafsunya yang mengundang penyesalan tanpa hujung. Allah tidak menghukum kalian atas perasaan itu, tetapi hukuman dan kemurkaan bakal menimpa kalian yang merealisasikannya pada perbuatan.
Kuatkan iman, teguhkan pendirian.
Namun saya berpandangan, perjuangan mempertahankan diri dari zina sejenis ini, jauh lebih sukar, kerana golongan ini sentiasa tinggal bersama golongan yang menjadi kecenderungan nafsunya. Jika lelaki normal’ boleh menghindarkan dirinya dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, golongan ini pula harus teguh berganda…
CEBURKAN DIRI PADA AMAL ISLAM
Tempuhilah usia akhir belasan tahun, dan 20an itu sebagai usia mujahadah menentang gelodak hormon dan ketidak seimbangan emosi yang rumit. Berikan diri kepada aktiviti-aktiviti, khususnya kerja Islam, dan sambutlah kesukaran-kesukaran yang muncul sebagai cara Allah mengekalkan kita dalam kebaikan.
“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, diujinya dia itu dengan kesusahan” (Al-Bukhari dan Muslim)Kesusahan hidup di jalan dakwah, akan menyulitkan nafsu bangun menjajah keputusan diri. Bukan saya bermaksud agar mereka ini perlu sengaja mencari kesusahan diri, tetapi jalan dakwah dan kesibukan akan menghindarkan setiap remaja lelaki yang normal dan ‘tidak normal’ ini dari dosa fahsya’ seperti zina dan yang seumpama dengannya. Sibukkan diri. Jangan iyakan perasaan itu.
Rukood al-maa’ yufsiduhu, firaagh asy-syaab yaqtuluhu
“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu” – Pepatah Arab
Berikan peluang kepada diri untuk melepasi usia 20an itu, sehingga keredaan naluri muncul seiring dengan pertambahan usia.
“Ustaz, apakah saya ada peluang untuk menyintai wanita, berkahwin, mempunyai anak, seperti manusia yang lain?” soalan yang sering diajukan kepada saya.
“Berilah peluang kepada masa untuk merawat kesakitan jiwa itu, dengan syarat kamu tetapkan diri pada menjauhkan diri dari maksiat. Tunggulah hingga reda gelodak nafsu itu pada usia remaja seperti ini, dan nanti, kita berbuallah tentang liku-liku mencari jalan pada sebuah perkahwinan, yang diinginkan tanpa keinginan itu…, itu sahaja batas upaya saya berkongsi pandangan.
Bagi ibu bapa, dan pihak penaja yang menghantar pelajar ke luar negara, ketahuilah bahawa kebebasan undang-undang dan persepsi persekitaran terhadap homoseksualiti ini telah dan sedang begitu rakus mengorbankan banyak anak muda kita. Sukar untuk saya ungkapkan dengan perkataan, kerana jika dicadangkan AGAMA sebagai benteng penyelesaian, ramai yang sinis kerana mabuk POLITIK hingga takut kepada SIASAH, lantas terlupa kepada fungsi besar AGAMA, bahtera penyelamat buat manusia.
Semoga Allah memelihara kita semua, dan adik-adik remaja ini dari fitnah dunia akhir zaman yang sungguh kejam terhadap mana-mana insan yang mahu hidup dengan bara Islam yang digenggam.
Tabahkan hati…
MAAFKAN DAKU!
AIRMATA KEMAAFAN...
Allahu Allah Ampunkan kami
bimbinglah kami ke jalan yg Engkau Redhai
hamba yg lemah dgn dunia
peliharalah taufik hidayah
menghadapinya
Ya Allah Ampunkan daku
hamba yg banyak melakukan dosa
setiap saat dan ketika tidak pernah terlepas drpd melakukannya
sungguhku tak mampu ya Allah
walau taubatku sering kupohonkan
namun aku sering mengulanginya
Terimalah Ya Allah taubatku
ampunkan daku
Allahu Allah Ampunkan kami
bimbinglah kami ke jalan yg Engkau Redhai
hamba yg lemah dgn dunia
peliharalah taufik hidayah
menghadapinya
Ya Allah Ampunkan daku
hamba yg banyak melakukan dosa
setiap saat dan ketika tidak pernah terlepas drpd melakukannya
sungguhku tak mampu ya Allah
walau taubatku sering kupohonkan
namun aku sering mengulanginya
Terimalah Ya Allah taubatku
ampunkan daku
Subscribe to:
Posts (Atom)