Sunday, 20 May 2012

Permulaan yang baik


“Di dalam syurga ada pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang yang berpuasa masuk melaluinya pada hari kiamat. Tidak ada orang yang masuk selain daripada mereka yang berpuasa. Apabila masuk orang yang berpuasa, pintu ini ditutup. Tidak dapat masuk orang lain melalui pintu ini.” (HR Bukhari dan Muslim)



Wah, menarik bukan? Ada satu syurga khas buat mereka yang berpuasa. Yang pasti, bukanlah puasa yang didalamnya banyak maksiat dan perbuatan sia-sia.

Jika tiba tanggal 25hb Disember setiap tahun, apa ditunggu oleh ramai orang ya? Pastinya menunggu jualan murah, bukan? Ketika jualan murah diadakan dek kerana menghabiskan banyak stok untuk pembukaan sekolah dan hari perayaan, maka berpusu-pusulah manusia dengan membeli barangan sesuai dengan matlamat masing-masing. Kenapa? Hal ini tidak lain kerana inginkan barang yang banyak dan berkualiti tetapi dengan wang yang sedikit di tangan. RM100 biasanya dapat beli 2 helai baju, tapi ketika jualan murah diadakan, RM100 boleh beli sekitar 3 hingga 4 helai baju. Demikian juga di bulan Ramadhan yang penuh mulia ini dimana setiap amalan digandakan. Hanya dengan sedikit kebaikan, digandakan pahala oleh Allah SWT berbanding kebaikan yang sama di bulan lainnya.

Namun, tak ramai yang memanfaatkan bulan yang mulia ni melainkan hanya menganggap sebagai bulan untuk berpuasa semata-semata. Di sini, sekadar coretan ingin mengingatkan diri kita apakah sebenarnya yang patut kita lakukan di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak


Tingkatkan amal ibadat


Tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt . Apa itu taqwa? Taqwa itu (menurut Ibn Masud r.a) adalah taat kepada Allah SWT, menjauhi maksiat, ingat kepada Allah dan bersyukur kepada-Nya serta tidak kufur. Ambil peluang memperbanyakkan bacaan al-Quran, hal ini kerana bulan ini adalah bulan diturunkan al-Quran maka amalan sunat seperti tadarrus amat ditekankan. Amat rugi juga jika ditinggalkan solat Tarawih (rakaat penuh bersama Imam) dan solat Malam Qiam di bulan ini, memandangkan banyak fadhilat yang dijanjikan.

Kurangkan perkara tak berfaedah

Ada yang berkata, bagaimana hendak memperbanyakkan melakukan ibadat sedangkan sibuk dengan pelbagai tugasan kolej, kerja dan sebagainya? Jawapannya, kurangkan masa berfacebook! Ternyata manusia ini punya banyak alasan-alasan yang menipu diri sendiri. Kurangkan segala aktiviti anda yang ternyata membuang masa dan kadang kala mengurangkan pahala. Pastinya kita taknak puasa kita berkurang pahala, indahnya tips diberi oleh junjungan besar kita, Rasulullah SAW iaitu berkatalah yang berfaedah atau diam. Nah, tak susah kan ?

Tundukkan nafsu


Amat jahil sekali seseorang yang berpuasa tetapi tidak menundukkan nafsunya. Jika selama ini, anda ditemani setan ketika melakukan aktiviti anda, maka sekarang ambilah peluang perbaiki diri disebalik tanpa mereka. Ini juga berkait pe'el kita yang tidak mampu mengawal nafsu membeli belah di bazar ramadhan, yang bukan sahaja mengakibatkan suatu pembaziran bahkan suatu kegagalan dalam kursus bulan ini. Ingat, matlamat kita adalah meminimakan syahwat termasuk juga terhadap makanan dan minuman!

Permulaan yang baik

Nasihat pada kaum hawa, ambil peluang ini untuk membuang segala gambar-gambar terdedah yang berlambak di laman sosial. Ubahlah penampilan diri anda mulai sekarang, yang tidak bertudung kenakan tudung, yang bertudung sinkat kenakan tudung labuh. Disamping dapat berubah menjadi lebih baik, anda turut membantu kaum adam menjaga pandangan. Maka, ini seterusnya dapat mengwujudkan suasana perubahan yang baik. Bayangkan, jika anda memulakan tauladan yang baik dan ramai mengikuti anda terutama di bulan mulia ini, pasti sangat beruntung! Dan ingatlah, ianya adalah suatu permulaan yang akan berterusan, bukan berhenti selepas tamatnya Ramadhan.

“Barangsiapa yang membuat sunah di dalam Islam sunah yang baik maka baginya pahala dan pahala orang yg mengamalkannya sesudahnya tanpa mengurangi pahala orang yang mengikutinya. Dan barangsiapa yang melakukan sunnah dalam Islam sunah yang buruk maka baginya dosa dan dosa orang yangmengikutinya tanpa mengurangi dosa orang tersebut.” (HR Muslim)


***
Setakat ini saja entri kali ini. Tidak banyak nak dihuraikan setelah lama menyepi. Akhir sekali, sekadar peringatan buat kita semua, berhati-hatilah dalam melakukan pendustaan yakni penyebaran hadis-hadis palsu mengenai kelebihan bulan ramadhan dan Solat Terawih. Walaupun sudah didedahkan oleh para ulama', perlu bagi kita untuk terus menyebarkan berita tentang hal ini agar tidak ada ahli keluarga mahupun kenalan yang beramal dengan hadis-hadis palsu ini.




Penulis mewakili pihak blog mengucapkan “Salam Ramadhan Al-Mubarak”. Moga kita dilimpahi rahmat-NYA.


*Kredit kepada Al-Baghani dan Ibn Firdaus

No comments:

Post a Comment