Aku
melihat jam di laptop.. Oh ! Hampir pukul 4 pagi dan aku masih tidak
melelapkan mata.. Apa yang bagusnya ialah esok kelasku bermula pukul 8
PAGI ! Tetapi mata masih mahu mengadap laptop.. Audio laptop pula asyik
menyanyi lagu Sudah cukup sudah by Nirwana band..
# kata-kata hati..
Sesekali
bila tangkap cintan dengan lagu-lagu seberang nie best juga.. Tapi tak
adalah sampai lupakan ibadat pada yang Maha Esa.. Dunia pun kita layan,
akhirat pun kita layan.. Kata seorang ulama, SOLAT itu merupakan waktu
kita berehat daripada penat.. Sebab bila kita solat, kita sebenarnya
sedang charge balik energy kita.. Tak percaya kan? Tapi itulah rahsia
solat..
Ajaibnya kuasa Allah S.W.T
sehingga setiap perbuatan dalam solat tu mampu mengembalikan tenaga kita
semula.. Tapi niat kita semasa solat mestilah semata-mata kerana Allah
bukan kerana nak kembalikan tenaga ya ! Niat tu kena betul.. Nampak
simple je tapi effect dia besar dalam hidup kita..
Rukun
dalam solat pula mudah je.. Tak membebankan sesiapa pun yang melakukan
melainkan mereka tu orang yang merasakan solat itu adalah berat untuk
dilakukan..
" Dan mohonlah
pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Dan (solat) itu
sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. "
Surah Al-Baqarah : ayat 45
Kenapa
sabar dan solat berhuruf besar ? Sebab ia merupakan elemen penting..
Nak minta pertolongan daripada Allah kena banyak bersabar.. Bukan bila
kita minta terus dapat.. Lainlah kalau kita ini hamba yang betul-betul
taat kepada Allah, insya-Allah dengan mudahnya Allah perkenankan doa
kita..
Solat
pula satu ibadah yang penting dalam hidup muslim.. Sebab solat yang
membina jati diri kita.. Mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T..
Dalam solat, kita mengaku bahawa hanya Allah yang kita sembah.. Dan ia
mendidik hati supaya mempunyai rasa kehambaan yang tinggi kepada Allah..
Hati
yang punyai rasa kehambaan ialah hati yang tidak sombong ! Manusia akan
lebih merendah diri dan sedar peranan dia sebagai seorang manusia..
Penyakit hati pun susah nak melekat tau ! Tapi macam mana kita nak
pastikan solat kita tu berkualiti ? Khusyuk adalah jawapannya..
Macam
firman Allah di atas, bila manusia itu khusyuk dalam solat, maka solat
itu umpama satu perkara yang senang untuk dibuat.. Tapi bila solat itu
hanya sebagai rutin, tak berkualiti lah jawabnya solat kita.. Kurang
pahala..
Solatlah.. Kerana solat itu tiang agama.. Solatlah di mana jua anda
berada.. Ayuh tunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba Allah S..WT !
^_^
No comments:
Post a Comment