Bila Dahagakan Keserasian Hidup
Semua manusia berkeinginan pasangan yang terbaik. Dari sudut terbaik juga terdapat pengharapan dari sudut keserasian di antara mereka berdua. Tidak saya nafikan,keserasian merupakan salah satu tonggak utama dalam mempertahankan mahligai yang di bina selama ini. Tidak di lupakan juga,pada pasangan yang hangat bercinta, selain mengharapkan pasangan yang sedap mata memandang, keserasian tidak lupa di ambil kira. Betapa pentingnya keserasian ini kan?
Tapi adakah anda tahu apa itu keserasian? Dan dari sudut mana keserasian itu sepatutnya timbul di dalam sesuatu perhubungan? Cukup hanya 2 soalan yang kita bincangkan kali ini. Dengan soalan tersebut,dapat saya gambarkan dimana maksudnya keserasian yang sebenarnya.Mungkin ini pendapat peribadi saya. Jika anda tidak berpuas hati atau ada pendapat yang lain,sila utarakan di ruangan komen yang disediakan. Mungkin dapat menambahkan lagi definasi keserasian untuk panduan hidup kita bersama.
Kadangkala keadaan menjadikan saya pelik memandang dengan kehidupan ini. Bila setiap manusia menceritakan mahu pasangan yang terlalu sempurna di mata masing-masing. Mengharapkan setiap pasangan mereka sentiasa serasi bersama. Setujukah anda, bila kita memperihalkan "mengharapkan keserasian bersama" bermaksud kita ego pada diri kita sendiri "? Kerana mengharapkan semua ini, kita mementingkan diri kita sendiri dan mengharapkan pasangan kita mengikut cara kehidupan kita. ATAU, kerana mengharapkan kebahagiaan dan keserasian, kita sanggup merendahkan atau membinasakan emosi dan perasaan kita kerana menurutkan segala permintaan semata-mata untuk mendapatkan tali keserasian tersebut? Adakah itu yang dinamakan kebahagiaan yang sejati?
Apa sebenarnya keserasian itu yang sebenar-benarnya? Adakah kerana si "dia" menyukai makanan atau aktiviti yang kebetulannya sama dengan kesukaan anda, anda terus menerus berasa yakin, sudah wujudlah keserasian yang anda impikan selama ini? Sebagai contoh, " Wanita A menyukai dengan minuman milo ais,dan dalam masa yang sama Lelaki B pun kebetulan turut obses dengan milo ais. Apa jua kesukaan Wanita A, menjadi kesukaan Lelaki B. Wanita A merasakan, inilah lelaki impian yang dia cari selama ini. " Kerana milo ais, wujudlah sebuah perasaan yang tidak disangka-sangka dan mengharapkan akan di akhiri dengan perkahwinan. Tidak kah anda sedar, terlalu bosannya hidup ini jika pasangan kita mempunyai kesukaan atau hobi yang sama?
Mungkin pada persamaan ini, timbulnya sedikit kemeriahan hidup kerana kedua-duanya mempunyai persefahaman.Tapi sedarkah anda,dengan persamaan ini akan menimbulkan rasa bosan,kerana persamaan yang ada. Setiap hari pasangan tersebut di dedahkan dengan kesukaan yang sudah dialami sejak mereka belum melangkah ke alam perkahwinan lagi. Dan selepas itu, kesukaan itu berterusan sehinggakan mereka menjadi buntu apabila tiada pilihan lain selain daripada kesukaan tersebut. Seperti kisah milo ais tadi, alangkah bertambah seronoknya apabila Wanita A menyukai Milo ais dan dalam masa yang sama, Lelaki B menyukai Jus oren. Kerana mereka boleh menukar selera dan menyelami apakah keenakan selain daripada kesukaan mereka selama ini.
" Keserasian itu akan timbul bila wujudnya perhubungan 2 hala yang sangat baik DAN pandai berkompromi di antara satu sama lain selain sentiasa ada keinginan untuk berdamai. "-ARM
Bagi saya,keserasian itu ibarat formula matematik yang sedia ada kita pelajari sebelum ini. Hidup ini saling akan berkaitan dengan negatif dan positif. Apakah yang akan berlaku jika kedua-dua mereka di kedudukan negatif? Sudah pasti akan diakhiri dengan keputusan negatif juga. Begitulah sebalinya jika Wanita A di kedudukan positif dan Lelaki B di kedudukan negatif. Mungkin di fikiran anda, akan berlakunya pertentangan pendapat. Dari sinilah sebenarnya kita cari dimana keserasiannya. Sebagi contoh, " Jika ditakdirkan anda menerima seorang lelaki yang bersifat panas baran asalnya, dengan sifat penyabar yang sedia ada dalam diri anda,tidak mustahil Lelaki yang anda panggil suami itu akan lemah bila memandang dan mendengar kata pujuk kesabaran anda itu ".Mungkin pendapat saya ini terlalu jumud pada penglihatan anda. Jika pendapat ini bertentangan,ruangan komen sudah disediakan. Ini sajalah yang mampu saya kongsikan buat kali ini.
Seperti yang saya bicarakan tadi, jangan kerana mengharapkan keserasian dan kebahgiaan,anda menghancurkan emosi dan perasaan anda sendiri. Carilah kebahagiaan yang sebenar-benarnya. Pasti keserasian akan timbul dengan tidak semena-mena. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment