Lagu
dan muzik mungkin tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan kita pada masa
kini. Di mana-mana sahaja anda berada pasti tidak terlepas
mendengarnya. Hatta, ada yang menjadikan lagu dan muzik sebagai perkara
utama dalam kehidupan sehingga menjadikannya sebagai kerjaya hidup dan
tak kurang yang meleleh air mata dek kerana terlampau menghayati
lagu-lagu cintan yang mengguris hati dan menggamit kenangan lampau.
Kita
bukan hendak berbicara tentang hukum hakam lagu atau muzik, perbahasan
mengenai ini mungkin sudah selesai lama yakni berlaku khilaf pandangan
ulama tentang ini. Jika anda berpegang kepada keharusan mendengar lagu
dan muzik, maka kita di sini ingin bertanya kepada anda, sejauh manakah
anda dapat mengawal diri sendiri daripada terhimpit kepada kelalaian
yang melampau sehingga menghancurkan roh-roh Islam yang ada pada diri?
Maka renung-renungkanlah.
***
Anda menghabiskan masa yang banyak dengan mendengar lagu dan muzik, jadi bilakah anda mendengar Al-Qur’an?
Allah berkata dalam Al-Qur’an:
وَلَقَدْ
ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ
لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ
آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ
أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
«Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan untuk Jahannam itu banyak daripada
jin dan manusia. Mereka mempunyaï hati-hati yang mereka tidak memahami
dengannya, dan mereka mempunyaï mata-mata yang mereka tidak melihat
dengannya, dan mereka mempunyaï telinga-telinga yang mereka tidak
mendengar dengannya. Mereka itulah seperti binatang ternakan, bahkan
mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lalai» [Al-A`raf:
179]
At-Tabariy menyebut ta’wil ayat ini sebagai:
وكذلك قوله:(ولهم آذان لا يسمعون بها)، آيات كتاب الله، فيعتبروها ويتفكروا فيها، ولكنهم يعرضون عنها
Dan
demikian kata-Nya: «Dan mereka mempunyaï telinga-telinga yang mereka
tidak mendengar dengannya» ayat-ayat Kitabu Llah, dan mengambil
pengajarannya dan berfikir tentangnya, tetapi mereka menjauhi
daripadanya.
Anda menghabiskan usia anda untuk menghafal dan berhibur dengan lagu dan muzik, tetapi tidakkah anda membaca ayat berikut?
Allah berkata dalam Al-Qur’an:
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
«Orang-orang
yang beriman dan yang tenang hati-hati mereka dengan mengingati Allah.
Ketahuïlah bahawa dengan mengingati Allah ia akan menenangkan hati-hati»
[Ar-Ra`d: 28]
Anda berhujah bahawa ia dibenarkan selagi tidak melalaikan. Tetapi tidakkah anda terlalai daripada ayat Allah di bawah ini?
Allah berkata dalam Al-Qur’an:
أُولَئِكَ
الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَى أَبْصَارَهُمْ *
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
«Mereka
itulah orang-orang yang Allah melaknat mereka, dan Dia memekakkan
mereka dan membutakan penglihatan mereka. Tidakkah mereka meneliti
Al-Qur’an? Atau terdapat di atas hati-hati mereka kunci-kuncinya?»
[Muhammad: 23-24]
Tidakkah lagu dan muzik itu melalaikan anda daripada meneliti dan memahami Al-Qur’an? Sedangkan Allah menyuruh mengingati-Nya?
Allah berkata dalam Al-Qur’an:
وَاذْكُر رَّبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِيِّ وَالإِبْكَارِ
«Dan ingatlah Tuan kamu banyak-banyak, dan bertasbihlah ketika petang dan pagi» [Ali `Imran: 41]
Jika
anda hanya mendengar satu atau dua lagu sehari, yang mungkin memakan
hanya lima hingga sepuluh minit, maka itu tidaklah menjadi suatu
kesalahan. Namun, jika earphone anda sentiasa di telinga, dengan iPod
atau mp3 player anda sentiasa di sisi, tidakkah itu melalaikan anda
daripada-Nya?
Allah berkata dalam Al-Qur’an:
إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
«Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati, setiap itu – terhadapnya – akan disoal» [Al-Isra’: 36]
Maka apakah jawapan anda terhadap soalan itu nanti?
WaLlahu a`lam.
No comments:
Post a Comment