Manusia patut bersyukur..
Tepat pukul 11.00 pagi Isnin.. Aku melihat
jam di tangan.. Kelas TITAS sudah habis.. Usai kelas TITAS, aku menaiki motoku menuju ke taman bator.. Kali ini aku mengambil laluan jauh, melintasi
jalah jelawat sebelum sampai ke hostel taman bator, iaitu hostel aku diami..
Sedang
aku lalu depan depan hostel, aku melihat beberapa orang pekerja sedang
memotong rumput.. Bunyi agak bising di situ.. Aku menundukkan
pandanganku ke lantai jalan kerana bimbang mataku termasuk rumput yang
sedang dipotong oleh mereka.. Tiba-tiba, aku melihat dua makhluk kecil
sedang duduk rapat antara satu sama lain.. Hatiku tersentuh..
Ia
jelas ketakutan mendengar bunyi bising mesin rumput itu.. Aku
memangggilnya.. "Meow.. ". Ia segera menuju ke arahku.. Seolah-olah
meminta tempat perlindungan.. Tapi bila aku amati, ia seperti
kelaparan.. Ya Allah.. Hatiku tersentuh lagi.. Di telinganya penuh
dengan kurap dan ia asyik mengaru-garu kegatalan..
Aku
teringatkan kucing aku yang baru lahir dua bulan lepas.. Sama kecil
dengan dua ekor kucing di hadapan aku sekarang.. Cuma mereka berbeza..
Kucing aku yang berada di rumah sangat sihat walafiat sedangkan yang
berada di hadapanku ini sangat membuatkan aku sayu..
Ya
Allah.. Dalam beg aku sekarang hanya ada biskut beras.. Kucing yang
kelaparan tidak makan biskut beras itu.. Aku tak tahu nak bagi makan apa
pada kucing itu.. Kalaulah di tangan aku sekarang ada makanan kucing,
memang aku akan bagi semuanya dekat dua makhluk comel itu.. Kesiannya
mereka ya Allah..
Beberapa orang
siswi lalu melintasi aku.. Aku masih melihat kucing-kucing kecil itu..
Sungguh, naluri kemanusiaan itu sentiasa hadir bila bertemu dengan
kucing.. Lantas aku akan teringatkan kucing-kucingku dirumah.. Betapa
beruntungnya mereka jika dibandingkan dengan kucing di sini..
Di
rumah, makanan sentiasa disediakan.. Di sini, kucing-kucing terpaksa
meminta belas ihsan manusia untuk mendapatkan makanan.. Itu pun jika ada
manusia yang sanggup bagi.. Jika tiada, maka tiadalah.. Berlaparlah
mereka.. Kucing kecil itu kemudian mengikuti siswi yang lalu
memanggilnya.. Aku mula melangkah pulang..
Dalam
hati, aku berasa sangat bersyukur dengan apa yang Allah S.W.T bagi..
Hidupku sebagai manusia.. Tidak bergantung harap kepada makhluk lain
untuk hidup melainkan hanya bergantung kepada Allah S.W.T.. Manusia
dikurniakan akal untuk berfikir dan dengan akal itu manusia mampu
mencipta dan inovasi perkara baru..
Sedangkan
seekor haiwan seperti kucing umpama untung sabut timbul, untung batu
tenggelam.. Tidak tahu apakah nasibnya pada hari ini, esok dan
seterusnya.. Ia hanya berharap dapat secebis simpati dari manusia untuk
meneruskan hidup.. Ya Allah.. Doa aku pohon agar kucing-kucing itu
selamat menjalani hidupnya di muka bumi ini..
Moral
of the story : Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang manusia..
Punyai akal dan fizikal yang mampu memberikan kegunaan kepada diri
sendiri untuk terus hidup.. Bersyukurlah walaupun di atas nikmat yang
kecil..
No comments:
Post a Comment