Tuesday, 22 May 2012

CINTA-NYA VS. CINTANYA: SIRI 1



Dengan nama-Mu Ya Allah,aku berpena..

Dengan nama-Mu Ya Allah,aku berbicara..

Dengan nama-Mu Ya Allah,aku melangkah..

Ku pohon bersama redha-Mu di dalam karya ku ini.............


Yang manakah ABADI??
Jawapannya...........
 

Tanyalah di mana-mana pun,jawapannya tetap sama. Perjuangan menuju cinta-Nya itu pahit dan berliku,namun hasilnya terlalu manis untuk dirasai. Kerana apa wahai sahabat semua? Kerana mahar untuk ke syurga itu mahal. Kecintaan kepada Allah itu terlalu mahal untuk diraih,namun bukan menjadi satu alasan yang kukuh untuk kita terus rebah dalam arus kelalaian duniawi. Pernah kita terbayang untuk mendapatkan sebuah cinta dari seorang putera raja? Susahkan……. Begitu juga dengan cinta-Nya,yang Maha Kaya dengan kasih-Nya . Limpahan rahmat-Nya sedikit pun tidak berkurang,selalu sahaja ada kesenangan yang kita perolehi setiap hari. Tidak kira sebesar mana atau sekecil mana pun,tapi sering kali kita mendengar rungutan,omelan dari mulut seorang hamba yang tidak pernah mengenal erti SYUKUR. Tahukah sahabat? Dengan mengaku lemah di hadapan Allah,kita bakal mendapatkan kekuatan dengan kehendak-Nya. Dengan mengaku miskin di hadapan Allah,kita akan dikayakan dengan kekuasaan-Nya. Masyaallah,betapa kasihnya Dia terhadap kita sebagai hamba-Nya. Tidak perlu rungutan yang sering kita lafazkan,namun hanya memerlukan sedikit pengorbanan yang bersungguh,kesabaran dan kebijaksanaan.

Bagaimana meraih cinta-Nya?

Jika ditanya bagaimana hendak berjaya,maka akan dijawab belajar dengan bersungguh-sungguh. Begitu juga jika kita inginkan cinta-Nya,yang kita tidak tahu sama ada kita layak ataupun tidak. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Berusahalah dengan usaha yang berterusan. Istiqamah. Tiada erti kenal penat dan lelah untuk merasa putus asa. Kerana apa?

Rasulullah bersabda: "Allah menciptakan 100 rahmat,satu rahmat dibahagikan kepada isi seluruh dunia ini,sedangkan 99 bahagian lagi dibahagikan di akhirat(iaitu di dalam syurga)". (Riwayat Muslim)

Allah berfirman: "Maka adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan,maka Tuhan memasukkan mereka ke dalam rahmat-Nya (syurga).Demikian itulah kemenangan yang nyata." (Q45:30)

Jalan untuk kita meraih cinta-Nya itu tidak semudah yang kita sangkakan,bukan niat untuk melemahkan semangat. Tidakkah sahabat-sahabat tercabar untuk meraih cinta-Nya itu? Adat orang berjuang,penderitaan akan menjadi asam garam dalam sebuah perjalanannya. Perjalanan ini adalah sebuah perjuangan yang memerlukan mujahadah yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya dan mempertahankannya. Ini mudah jika hati kita telah dilembutkan-Nya. Sekali lagi,kita perlu berkorban.

Firman Allah: “ Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari (keredhaan) Kami,Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh,Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Q29:69)



Cinta sering disinonimkan dengan erti sebuah pengorbanan. Tidak dapat dipisahkan. Nilai sebuah pengorbanan itu tidak akan dapat dihitung oleh si penerima mahupun si pemberi,begitulah bernilainya erti sebuah pengorbanan. Malahan lebih bernilai dari intan dan permata yang sering menjadi rebutan mata manusia. Sanggup melakukan apa sahaja,itulah pengorbanan. Sanggup menggadaikan apa sahaja,itulah pengorbanan. Sanggup merasa susah,itulah pengorbanan, dan sebagainya. Bayarlah seberapa banyak yang kita ada untuk meraih cinta Rabbul Izzati. Segala-galanya terletak pada pundak kesetiaan kita. Masih ingatkah kita pada ikrar janji setia pada sang Pencipta? Semasa di alam roh? 

Allah berfirman: “ Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi….” (Q7:172)

wallahu'alam,bersambung.........................

No comments:

Post a Comment