Tanda
Tanda Solat Istikharah Imam As-syawkani mengatakan ianya disyariatkan
di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya (Naylul
Awtar, 3/71). Kedua-dua amalan ini mempunyai asas dan amat digalakkan di
dalam Islam. Asasnya termaktub di dalam hadith shohih riwayat
al-Bukhari (Al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat,
no 6382; Sohih menurut Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Abi Hatim tetapi
dhoif menurut Imam Ahmad Hanbal; Shohih dengan shawahid menurut Syeikh
Syuaib Arnout), Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apa seseorang
kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang
bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa : “ Allahumma
inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min
fadlika al-azim, fa'innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la
a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub. Allahumma, in kunta ta`lamu anna
hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa
`aqibati 'amri (or 'ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li
thumma barik li fihi. Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni
wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni
was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma 'ardini
bihi.” Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan
ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan
agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku
berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha
mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan
urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku,
maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk
bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan
jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada
dan jadikanlah daku redha dengannya” Perlu juga diingat bahawa :-
Tidaklah menjadi suatu kemestian di dalam Istikharah; seseorang itu
mendapat tanda di dalam mimpi, justeru ia lalu perlu tidur terlebih
dahulu. Amalan istikharah sebelum tidur dan kemudian tidur dengan
berwudhu bagi mendapat mimpi tanda istikharah adalah hanya cadangan dari
Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin). Manakala ulama
Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat
dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya
tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya;
selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai
dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk
bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin). Solat istikharah 7 kali
berturut ; adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali
datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan
sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian
perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di
dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi,
An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari,
11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)
Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan
mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih
pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar
Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223) Adapun soalan penanya, sejauh
manakah kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, jawapannya tiada
sebarang paksaan, malah jika gerak hati kita tiba-tiba berat untuk
menolak walapun tanda-tanda menunjukkan “terima”, sebenarnya berat hati
menolak itu jugalah tanda hasil istikharah. Cuma tidak di nafikan
bahawa kemungkinan membenci keputusan hati kita yang berkehendakan
sesuatu itu adalah hasil hawa nafsu sebelum istikharah dimulakan, maka
tatkala itu adalah digalakkan agar kita menuruti tanda-tanda Istikharah,
ia berdalilkan doa yang diajarkan oleh nabi di atas yang menyebut
“..berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku
redha dengannya”, sebutan ini jelas menunjukkan bahawa mungkin nafsu
tidak begitu redha dengan keputusan istikharah tetapi kita memohon agar
hati menjadi redha kerana keyakinan dengan petunjuk dari Ilahi.
Mengutamakan keputusan istikharah perlu diutamakan dalam hal ini, tetapi
tidaklah sampai ke tahap wajib. Pandangan ini dipilih oleh Syeikh Ahmad
Kutty (Senior Lecturer/Imam di Islamic Institute, Toronto). Menurut
As-Syawkani, Imam An-Nawawi juga cenderung kepada perlunya seseorang
meredhakan dirinya untuk menerima keputusan istikharah yang dibuat. (
Naylul Awtar, 3/71) Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari
riwayat hadith Nabi SAW ertinya : “ Salah satu sumber kebahagian anak
Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang
ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah
meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telag
ditentukan kepadanya” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi ; Hasan Menurut Ibn
Hajar di dalam Fath al-Bari 11/155 ; Bagaimanapun terdapat perawi dhoif
dalam sanadnya kata Syeikh Syuaib ; Rujuk Zad al-Ma’ad , Ibn Qoyyim,
2/406 cet muassasah ar-risalah). Imam Ibn Qoyyim juga mengulas
kepentingan tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati dari
istikharah, lalu perlu menurutinya . ( Zad al-Ma’ad, 2/406) Persoalan
keputusan itu mendatangkan mudarat kepada orang lain, maka sepatutnya
istikharah dibuat sebelum apa-apa langkah pertemuan dengan pihak
keluarga dibuat. Dalam hal di atas, kelihatan istikharah dibuat tidak
pada masanya. Wallahu ‘alam, dalam keadaan ini perbincangan dan
penjelasan antara pihak terlibat perlu dibuat dengan baik bagi
menyelesaikan konflik yang berlaku. Bagaimanapun, pada hemat saya, ia
perlu bergantung kepada sejauh mana kekuatan petunjuk istikharah itu,
dan adakah ia benar-benar kuat agar berpisah atau masih samar-samar
kurang jelas. Implikasi sehingga menyebabkan mudarat mental kepada
keluarga yang satu lagi juga patut di ambil kira. Bagaimanapun, jika
petunjuk kuat dan tepat, maka ia perlualah diutamakan. Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment