Amanahkanlah Si Dia Pada Allah
❖ Istikharah dahulu sebelum dirimu jatuh cinta ❖
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful
Allahumma solli 'ala Muhammad
السلام عليكم
REMAJA dan CINTA. Dua perkara yang berkait rapat, amatlah sukar untuk dipisahkan.Sewaktu umur mula mencecah belasan tahun, mulalah hati tertanya-tanya mengenai cinta. Timbullah pula perasaan ingin mencuba. Dan kemudiannya, berlakulah pula cinta sementara; sekadar mainan semata.
Apabila umur mencecah dewasa, semakin didalami dunia cinta. Kini nafsu pula menyulami rasa. Cinta kini bukan sekadar bersifat sementara, malah dibaluti maksiat menambahkan dosa.
Tiadalah disedari betapa diri sudah dihanyuti. Apabila saban hari menambah kemurkaan Ilahi, akhirnya tersentap menanyakan diri; apakah benar yang dilakukan ini?
Sedangkan diri mula menyedari, bahawa bersama si kekasih itu hanyalah akan menambahkan dosa-dosa lagi. Namun diri ingin benar pulang ke pangkuan Ilahi. Bagaimana caranya Ya Rabbi?
Tinggalkanlah sesuatu itu andai jelas ia hanya akan memberatkan lagi kantung dosamu. Sampai bila ingin berterusan dalam melakukan dosa sebegitu?
Benar. Bukan mudah untuk meninggalkan si dia, apatah lagi cinta yang disulami bertahun-tahun lamanya.
Namun sanggupkah dirimu menjadi penghuni neraka hanya kerana ingin menyelamatkan cinta yang belum tentu bakal menjadi milikmu buat selamanya?
Kalau benar dirimu sayang pada dirimu sendiri, cinta dan si dia, lepas-lepaskanlah. Andai cinta dan maksiat ini berterusan, sanggupkah dirimu dan dirinya bertarung seksa di neraka Allah kelak?
Tiada gunanya ke hulu ke hilir bersama kekasih tercinta, berpegangan
tangan melepaskan rindu tetapi akhirnya tidak berkesudahan yang indah;
tidak disatukan dengan si dia.
Jodoh bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa. Kalau dia bukan untukmu,
walau bercinta seribu tahun lamanya, kamu tetap tidak akan dapat
memilikinya.
Namun andai dia benar untukmu, walau tidak pernah bertemu, akan ditemukan jua oleh Allah untuk disatukan apabila tiba masanya.
Sudah begitu banyak cerita perihal jodoh yang baru bertemu pada pertama kali, namun terus disatukan tanpa perlu bercinta terlebih dahulu. Cintanya kemudian, yakni selepas disatukan.
Namun andai dia benar untukmu, walau tidak pernah bertemu, akan ditemukan jua oleh Allah untuk disatukan apabila tiba masanya.
Sudah begitu banyak cerita perihal jodoh yang baru bertemu pada pertama kali, namun terus disatukan tanpa perlu bercinta terlebih dahulu. Cintanya kemudian, yakni selepas disatukan.
Fahamilah bahawa bila Allah sudah menetapkan dia untukmu, usah kau gusar
kerana walau satu dunia menolaknya, jodoh itu tetap akan tiba dan
engkau juga akan tetap dapat memilikinya.
Oleh yang sedemikian, janganlah engkau sesekali menggadaikan
segala-galanya semata-mata untuk menjodohkan dirimu dengannya. Itu
hanyalah perkerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kemurkaan si Pencipta.
Adalah menyedihkan apabila tiba masanya untuk disatukan dengan jodohmu
yang sebenarnya, namun segala-galanya telah hilang kerana telah
diserahkan pada kekasih yang terdahulu.
Dan lebih menyedihkan andai engkau jelas tahu bahawa engkau sekarang
terperangkap dan terhanyut dalam dosa cinta namun tetap berterus-terusan
melakukan dosa yang sama.
Tinggalkanlah perkara itu andai ia membawa bibit-bibit dosa dalam
hidupmu. Bahagiakah mendapat cinta manusia namun disulami kemurkaan
Allah?
Berkasih-sayang itu tidak salah. Mencintai seseorang itu juga tidak
salah. Yang salah itu adalah apabila cinta itu salah dimanifestasikan.
Kalau benar sayangkannya, engkau akan sedaya upaya membawanya ke syurga.
Andai tidak berjodoh sekalipun dengannya di dunia, mudah-mudahan engkau
berjiran dengannya di sana.
Namun andai ke hulu ke hilir bersama tanpa ikatan yg sah, apatah lagi
berpegangan tangan dan melakukan perkara yg tidak bermaruah; itu hanya
akan menjunamkan kamu berdua ke neraka.
Bercinta sehingga menimbulkan dosa-dosa maksiat itu bukanlah cinta
sebenar. Itulah cinta yang diulit syaitan dan kenikmatan yang
mengelabukan mata.
Cinta yang sejati ialah apabila cinta yang menemukan kembali dua hati di
syurga. Cinta sebegini bukanlah cinta yang hina, malah cinta ini adalah
cinta yang diredhaiNya.
Oleh yang sedemikian, usahakanlah terlebih dahulu menjadikan dia sebagai cinta yang halal bagimu. Usahakanlah perkahwinan secepatnya; agar kamu berdua lebih terpelihara dan terjaga.
Oleh yang sedemikian, usahakanlah terlebih dahulu menjadikan dia sebagai cinta yang halal bagimu. Usahakanlah perkahwinan secepatnya; agar kamu berdua lebih terpelihara dan terjaga.
Namun andai kata masih lagi terhalang dan belum tiba masanya,
amanahkanlah si dia pada Allah. Allah akan mengembalikan dia kepadamu
andai dia benar untukmu.
Doakanlah agar sepanjang perjalanan itu Allah melindunginya agar
terpelihara dari gangguan yang lain dan pulangkanlah dia dan hatinya
kembali kepadamu apabila tiba waktunya.
Tidak perlu keluar berdua-duaan untuk menjaga hubungan cinta itu. Tidak perlu menayangkan gambar-gambar yang mendedahkan auratmu untuk meraih dan mengekalkan cintanya.
Tidak perlu meninggalkan mesej menggoda sehingga kesannya boleh menaikkan nafsu. Tidak perlu meluahkan kata cinta yang keterlaluan di Facebook sebagai bukti cintamu. Semua itu tidak perlu. Cukuplah kamu mengamanahkan dia pada Allah.
Tidak perlu keluar berdua-duaan untuk menjaga hubungan cinta itu. Tidak perlu menayangkan gambar-gambar yang mendedahkan auratmu untuk meraih dan mengekalkan cintanya.
Tidak perlu meninggalkan mesej menggoda sehingga kesannya boleh menaikkan nafsu. Tidak perlu meluahkan kata cinta yang keterlaluan di Facebook sebagai bukti cintamu. Semua itu tidak perlu. Cukuplah kamu mengamanahkan dia pada Allah.
Namun andai dia berkesudahan dgn orang lain, usahlah kamu bersedih
kerana Allah akan menggantikan apa yang kamu kehilangan dgn perkara yang
jauh lebih baik.
Ummu Salamah sewaktu suaminya diambil Allah, dia berdoa agar Allah mengurniakan pahala di atas kehilangannya dan supaya Allah menggantikan kehilangan itu dengan perkara yang lebih baik.
Waktu itu, tiadalah dia dapat menggambarkan siapakah yang lebih baik
dari suaminya, Abu Salamah. Tidak tercapai dek akalnya siapa yang lebih
baik dari suaminya itu.
Namun tidak lama kemudian, Rasulullah S.A.W pun meminangnya. Benarlah
bahawa Allah menggantikan apa yang Ummu Salamah kehilangan dgn yang
lebih baik, dan tiadalah manusia yang lebih baik dari Rasulullah S.A.W.
Begitulah juga dengan kisah hidup manusia. Waktu ini mungkin dirimu
merasakan bahawa mana mungkin perasaan cinta ini pada si dia ini dapat
hilang walaupun dia ditemukan jodohnya dengan orang lain.
Tahukah kamu bahawa dirimu sekarang dalam keadaan fikiran yang tidak
tercapai dek akal sebagaimana Ummu Salamah tidak dapat membayangkan
siapakah yang lebih baik dari suaminya?
Namun apabila Allah menggantikan yang lebih baik kepadamu, waktu itu
barulah kamu mula akan menyedari bahawa benarlah Allah menggantikan yang
lebih baik.
Waktu itu perasaan cinta pada si pengganti yang telah ditetapkan Allah
padamu itu akan bercambah dan mekar mewangi. Dirimu akan jauh lebih
menyayangi dan mencintainya berbanding si dia yang hanya singgah
sebentar dalam hidupmu.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk untuk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"(Al-Baqarah:216)
Oleh itu, jangan gusar untuk melepaskan si dia sementara waktu dan
mengamanahkan dia pada Allah. Allah pasti akan memberikan yang terbaik
kepadamu kerana Dia benar-benar tahu apa yang terbaik bagimu, lebih
daripada pengetahuan yang ada padamu.
Adalah tidak salah berhubung dan bertanya khabar namun ikhtilat mesti
dijaga. Tidak perlu berbual lama di telefon sehingga menimbulkan
syahwat, apatah lagi berbual di malam hari.
Tidak perlulah mesej 'sayang dan sayang' melampaui batas sehinggakan boleh menyebabkan boleh terjerumus ke kancah maksiat. Ingat, jangan sesekali menghampiri zina.
Tidak perlulah mesej 'sayang dan sayang' melampaui batas sehinggakan boleh menyebabkan boleh terjerumus ke kancah maksiat. Ingat, jangan sesekali menghampiri zina.
Simpan itu semua untuk dinikmati selepas disatukan sebagai suami isteri. Waktu itu tidak perlu takut-takut lagi, malah mendapat pahala kerana menyayangi si dia yang halal bagimu.
Dan juga, berisitikharahlah. Keputusan jodoh ini adalah sesuatu yang besar dalam hidup seseorang insan, dan oleh itu serahkanlah pada Allah untuk menentukannya kerana Dia tahu apa yang terbaik untukmu.
Jawapan istikharah tidak semestinya datang dari mimpi, bimbang mimpi itu dipengaruhi keinginan hati dan gangguan syaitan. Hasil istikharah itu sebenarnya ketenangan hati yang tidak berbelah bahagi dan juga jalan yang dipermudahkan Allah.
Jangan mendesak Allah untuk memberikan jawapan. Beristikharahlah sehingga hatimu tenang dan mendapat jawapan yang jelas. Sabarlah sementara menunggu keputusan dariNya.
Dan apapun yang terjadi selepas dirimu beristikharah, ingatlah bahawa setiap yang terjadi itu adalah yang terbaik untukmu dan untuknya, sebagaimana apa yang didoakanmu sewaktu dirimu beristikharah.
Ingatlah juga, bahawa Allah ada bersamamu. Yakinlah pada Dia dan setiap perancanganNya.
Akhir kalam, jangan sesekali biarkan dirimu terus hanyut dalam dosa kemaksiatan. Cintalah Allah terlebih dahulu sebelum dirimu mencintai makhlukNya. Wallahu'alam.
Moga Allah sayang dan redha :')
No comments:
Post a Comment