♥ Buat Adam Yg Mencari Cinta Hawa..Buat Hawa Yg Menanti Cinta Adam... ♥
Benar..jodoh
itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke
merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..
UNTUK ADAM... ANDAI MAHU MENCARI HAWA...
1.
Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata..kerana hawa hari
ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pada telapak tangannya..andai
mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa
lapik..fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya..sesungguhnya memegang
bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang
boleh kita kahwini..
2.
Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah
pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat
suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin
menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur
buruk diri si suami..
3.
Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada
sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunduk
pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting
dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar
memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..
UNTUK HAWA... ANDAI MAHU MENERIMA CINTA ADAM...
1.
Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pada aktiviti
malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya
andai mahu menerima..kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam
sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..
2.
Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada
bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah
dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerana
aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..
3.
Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya
tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah
seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir
apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan
cacian yang menyeksakan..
No comments:
Post a Comment