Tuesday 29 May 2012


Antara cita dan cinta

selamat semua,,kalau aku tanya pendapat korang mana nak pilih antara cinta dan airmata cita-cita,,bak bait2 lagu (ceceh,,) adam lambert dan farah brip brip,,

kita tak tau antara dua
pilihan yang nyata
sebelah hati inginkan cinta
sebelah lagi inginkan cita
agar HATI membimbing kita
tak tau antara dua..


haaa,,,nilah masalahnya kalau biar HATI membimbing kita,,confirm2 lah HATI pilih cinta,,sebab HATI ni memilih ikut perasaan yang membara la!,,cinta tu selalu dikaitkan dengan HATI, bentuk love (yang kembang dua atas tapi tirus kat bawah tu,,heran tak senget pulak ek), samada HATI pilih kekasih dia, cinta ataupun HATI jadi konpius macam lagu kat atas tu,,eee


tanyalah AKAL,,dia boleh timbang yang baik dan buruk,,adakah cinta itu perlu di waktu ini,,di waktu aku memanjang keje, sampai kena pakai spek tebal sebab rabun dan mata merah macam penagih, eyeback macam spesis panda, terkebil2 mengadap skrin laptop 24 jam-7hari, makan minum hanya magie dan kuahnya sajer,,
yes! aku perlu teman,,aku perlu cinta!,,supaya hidup aku bermakna,,
balik rumah ada isteri tolong masakkan,dodoikan,kemaskan,hiburkan doakan,
balik kerja ada suami tempat berleter,tempat menangis,tempat mengadu,tempat bersandar,,

haa! tapi kalau itu aku dah kerja,,dah ada gaji? kalau kerja aku masih wat homework assigment cikgu bagi?


jangan nak mengada akal kata aku harus pilih cinta,,cita-cita aku dapat dulu,,reach up for the sunrise,,put your,,lalala,,kalau tak, nak bagi apa kat parents aku? nak bagi makan apa anak dara orang? defeat pakai  apa  nak dapat  limited job now?

inilah gunanya akal,,buat kita fikir dan mencari apa yang terbaik,,owh,,jangan kata hati tak penting ya,,kerana hati tulah yang  menentukan pilihan itu betul atau tidak.(kes aku kahwin di waktu study tu dengan pertolongan AKAL dan HATI la ^_^)

kebajikan itu adalah pada kelakuan akhlak,manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah di hatimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya. (H.R.muslim)


p/s: DOA pun penting juga tau,,hihihi,,kena tawakal juga kan =

No comments:

Post a Comment