Thursday 31 May 2012

~✿DAPAT PAHALA MENGEJUTKAN ORANG TIDUR✿~


✿⊱╮Mengejutkan orang yang tidur disunatkan orang itu tidur dalam keadaan berikut:✿⊱╮Seorang yang tidur di masjid dan waku solat sudah tiba.Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra,beliau berkata :"Aku keluar bersama Nabi SAW untuk menunaikan solat subuh.Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya"(Hr Abu Daud 1246- semua perawinya thiqah)✿⊱╮Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menganggu orang yang solat.✿⊱╮Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.Rasulullah SAW bersabda:✿⊱╮"Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang dari jatuh bangunan),sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak(sekiranya jatuh)(Hr Abu Daud- semua perawinya adalah thiqah)✿⊱╮Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.Nabi SAW bersabda:"Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari,kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh terkena pancaran matahari dan sebahagian yang lain tidak kena,hendaklah dia beredar"(Hr Abu Daud-semua perawinya thiqah)✿⊱╮Tidur waktu subuh Nabi SAW bersabda:"Tidur di waku subuh menegah rezeki"(Hr Ahmad -sanad lemah) Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh beliau mengejutkannya dan berkata "Rezeki dibahagi-bahagikan ketika engkau tidur"✿⊱╮Tidur sebelum Isyak kerana makruh tidur waktu itu.Ini disebut dalam hadis yang panjang,riwayat dari Abi Bakrah ra di mana beliau berkata "Baginda tidak suka tidur sebelum solat Isya dan sembang-sembang selepasnya."(Hr Bukhari -sahih)✿⊱╮Tidur lepas solat AsarNabi SAW bersabda :"Sesiapa yang tidur selepas solat Asar dan hilang akalnya,janganlah dia mencela melainkan dirinya."(Hr Abu Ya'la -sanad lemah)✿⊱╮Tidur berseorangan di rumahHukum ini disebut oleh Al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu'abil Iman✿⊱╮Perempuan yang tidur melenang.Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.✿⊱╮Seseorang yang tidur meniarap.Baginda melihat seorang lelaki meniarap lalu baginda bersabda" Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya"(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)Abu Umamah r.a berkata: Nabi SAW lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di masjid lalu Baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:Maksudnya:"Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah ssungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahanam."(Hr Ibnu Majah)✿⊱╮Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.Nabi bersabda :"Allah merahmati lelaki yang bangun malam,menunaikan solat dan mengejutkan isterinya.Sekiranya isterinya enggan,dia akan merenjiskan air ke muka isterinya."Allah merahmat wanita yang bangun malam,menunaikan solat dan mengejutkan suaminya,Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjiskan air ke muka suaminya"(Hr Abu Daud 1308-perawi-perawina thiqah)✿⊱╮Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.Nabi SAW bersabda:"Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan subuh."(Hr Muslim)“Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.”(Hadis Riwayat Ibn Majah)✿⊱╮Akhir kata, ingatlah, sekuat-kuat tentera Allah ialah zikrullah. untuk membersihkan hati, kena start dengan zikir... (✿◠‿◠)

2 comments:

  1. sama ya...time kasih pd Allah ya..Allah Itu Maha Kaya dengan IlmuNYA..Sama kita sampaikan perkara yang baik..

    ReplyDelete